in

Bayaran Tambahan Sebanyak RM32 Dikenakan Kepada Pelanggan Restoran Ini Jika Anak Korang Buat Bising

F2 Btkkb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bergelak ketawa bersama keluarga atau rakan ketika sedang menikmati makan malam di sesebuah restoran atau kedai makan bukanlah sesuatu yang pelik atau salah di sisi undang-undang.

Cuma selaku manusia yang ada common sense, elakkan lah daripada ketawa atau bercakap dengan nada yang terlalu kuat sehingga boleh mengganggu pelanggan lain.


13 1

Sebuah restoran di Singapura ini pula telah menjadi perhatian ramai apabila pihak pengurusan restoran itu bakal mengenakan caj tambahan kepada pelanggannya jika anak mereka membuat bising sehingga mengganggu pelanggan lain untuk makan dengan tenang.

Memetik laporan Mothership.sg, bayaran tambahan sebanyak S$10 (lebih kurang RM32) akan dikenakan kepada pelanggan Angie’s Oyster Bar & Grill yang anaknya membuat bising atau menjerit hingga mengganggu pelanggan lain.

14 1

Tindakan restoran itu bagaimanapun telah dikritik segelintir netizen yang merupakan ibu bapa kerana berpendapat bahawa ia tidak wajar dilakukan.

Tangkap layar mesej seorang individu yang mahu membuat tempahan awal di restoran itu telah tular di media sosial.

10 4

Dalam tangkap layar mesej berkenaan, dapat dilihat bahawa restoran berkenaan tidak menyediakan kerusi bayi kerana pihaknya mengatakan restoran mereka bukanlah restoran yang mesra kanak-kanak (kids friendly).

Namun, difahamkan, pihak restoran tetap menyediakan ruang untuk letak stroller jika ada ibu bapa yang bawa anak mereka bersama.

12 3

Selain itu, restoran itu juga mengatakan pihak mereka mengalu-alukan kedatangan kanak-kanak ke situ. Namun, pihak mereka tidak akan bertoleransi jika ada anak-anak yang membuat bising, menjerit atau berlari-lari sehingga mengganggu pelanggan yang lain.

Walaupun ada yang kecam, namun ada juga warganet yang tetap setuju dengan tindakan restoran ini. Lagi pula, restoran ini merupakan sebuah bar, jadi logik lah kalau kedai mereka tidak kids friendly kan.

Apa pula pendapat korang? 

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Baby tidur pun boleh terjaga”- [VIDEO] Pelanggan Bengang Individu Gelak Sakan Sampai Bising Satu Restoran

9 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.