in

“Lock down bermaksud all open” – Najib Razak ‘Sindir’ Kerajaan, Tak Ada Keperluan Buat PKP Lagi Lepas Semua Perniagaan Dibenar Operasi

Pkp Hneti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sidang media khas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semalam telah mengumumkan pembukaan beberapa sektor perniagaan peruncitan termasuklah kebenaran untuk kembali dine-in di kedai makan yang terhad kepada dua orang satu meja.

Pengumuman tersebut walau bagaimanapun telah mendapat ‘sindiran’ daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook yang berpendapat tiada keperluan lagi untuk menyambung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


522868

 

“Tukar sahaja kepada PKPB” 

Menurut Najib, negara kini sepatutnya beralih sahaja kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memandangkan hampir semua jenis perniagaan boleh dibuka dan disambung operasi.

“Oleh sebab dine-in dan hampir semua jenis perniagaan boleh sambung beroperasi maka tiada lagi perlu untuk sambung PKP ini.

“Tukar sahaja kepada PKPB + larangan rentas negeri untuk urusan bukan komersial. Hentikan juga segala road-block dalam bandar sebab ia akan sangat susah untuk PDRM mengawal setelah hampir semua jenis perniagaan sambung beroperasi,” katanya.

553 2

Dalam pada itu, bekas PM ini juga sempat membuat andaian dengan mengatakan Malaysia mungkin menjadi satu-satunya negara yang melaksanakan ‘lockdown’ hanya pada nama, namun tidak pada maksud sebenarnya.

Jangan Malaysia jadi satu-satunya negara dalam dunia di mana lock-down sebenarnya bermaksud all open“, katanya lagi.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157689967225952

 

Posting tersebut mendapat 31,000 likes dan 1,700 shares yang mana rata-rata netizen di ruangan komen setuju dengan apa yang diutarakan bekas Perdana Menteri tersebut.

Apa komen korang mengenai isu ini? 

Baca: [TERKINI] Pelanggan Dibenarkan Makan Di Kedai, Terhad Kepada 2 Orang Satu Meja Bermula Esok!

Collage 11

Sumber: The Star
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.