in

“Bayar mahal untuk nyawa sekali” – Charger Palsu Meletup Sampai Tiga Rumah Di Ipoh Terbakar

Fake Mobile Phone Charger Explodes Into Flames Sets Fire To 3 Houses In Ipoh World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

OMG, careful kalau korang pakai charger yang tak ori tau! Sebab, semalam lebih kurang pukul 8 malam, ada kebakaran di kawasan perumahan Taman Cempaka, Ipoh dipercayai disebabkan oleh penggunaan charger palsu.


Menurut Sinchew, kebakaran tersebut sangat bahaya sampai ia terut terkena pada dua rumah lain. Dikatakan, rumah punca kebakaran berlaku ini didiami oleh seorang ibu dan dua anaknya yang sudah dewasa.

Fake Mobile Phone Charger Explodes Into Flames Sets Fire To 3 Houses In Ipoh World Of Buzz
Sumber: sinchew

Anak perempuan yang berusia 50 tahun itu berkata, pada awalnya dia mendengar bunyi letupan dalam bilik adik lelakinya yang berusia 45 tahun dan cepat-cepat lari keluar dari rumah membawa ibunya yang sukar berjalan.

Adik lelakinya pula berlari masuk ke dalam bilik untuk periksa apa yang berlaku dan menemui charger yang dia gunakan meletup. Letupan tersebut menghasilkan api dan dia cuba untuk memadam kebakaran itu dengan air dari tandas namun tak berjaya.

Fake Mobile Phone Charger Explodes Catches Fire Burns 3 Houses In Ipoh To World Of Buzz
Sumber: sinchew

Lelaki tersebut mengatakan yang charger yang dia gunakan bukan original dan ketika itu dia baru je mula mengecas telefonnya sebelum letupan berlaku. Pihak bomba telah diberitahu namun ketika mereka tiba, rumah tersebut telah pun terbakar teruk dan mengalami kerosakan hampir 85% manakala dua rumah yang turut terkesan mempunyai kebakaran 5% dan 10%.

Fake Mobile Phone Charger Explodes Into Flames Sets Fire To 3 Houses In Ipoh World Of Buzz 2
Sumber: sinchew

Nasib baik tiada kematian dilaporkan kerana keluarga di kedua-dua rumah lain ini keluar makan malam. Kalau korang nak tahu, pasukan bomba ambil masa dua jam untuk padamkan api ni.

Siasatan awal mendapati yang kebakaran tersebut berpunca dari letupan charger palsu namun siasatan masih dijalankan.

 

Baca: Ahli Bomba Selamatkan Nyawa Anak Kucing Dijumpai Dalam Rumah Terbakar

Screenshot 2019 12 05 At 4.49.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.