in

“Bayangkan kalau dorang collab”- Pertemuan Khairul Aming & Sofyank Di Kelantan Jadi Bualan Netizen

2Ka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang bulan Ramadan ini, setiap hari kita disajikan video resepi dari seorang content creator tempatan, Khairul Aming. Min yakin, ramai yang cuba buat resepi beliau untuk berbuka dan memang ternyata sedap.


Kita juga sering disajikan contents menarik dari Sofyank, yang mahir dalam bidang penyuntingan video. Nama Sofyank ni bukan setakat laku di Malaysia, namun anak kelahiran Kelantan ini juga terkenal di luar negara sebab dia pernah bekerjasama dengan artis popular seperti Ryan Reynolds.

Bila nak dekat raya ni, semua orang mesti balik kampung. Termasuklah kedua-dua Khairul Aming dan Sofyank ni dan kebetulan mereka berdua asal dari Kelantan.

Menerusi akaun Twitter peribadi mereka, Sofyank dan Khairul Aming telah bertemu di sebuah pusat beli belah di Kelantan malam semalam, maka netizen pun mula request video kolaborasi antara Khairul Aming dan Sofyank.

Berikut merupakan antara respon menarik daripada netizen berikutan pertemuan mereka semalam.

Screenshot 2022 04 30 At 12.41.11 Pm

Itulah kan. Sofyank ni dah lah power gila edit video. Silap-silap kita tertipu weh. Tapi ni memang gambar original, jangan risau ye, takde yang kena tipu.

Screenshot 2022 04 30 At 12.40.44 Pm

Aahh sudah. Min baca pun rasa lapar. Sikit lagi nak raya ni, baru boleh merasa makan lemang. Tapi power betul Sofyank ni sampai dapat collab dengan Ryan Reynolds kan.

Screenshot 2022 04 30 At 12.38.18 Pm

Fuhh.. kalau dorang ni betul-betul jadi collab, memang resepi Khairul Aming lepas ni kita dah tak boleh tiru lah. Tahu-tahu bahan tu bertukar je sebab Sofyank edit. 

Screenshot 2022 04 30 At 12.38.31 Pm

Awak ni banyak sangat tengok movie ni. Terhibur min baca imaginasi awak. Cuma min harapkan akan terjadilah buah tangan dari mereka berdua. 

Kita tunggu dah lihat je lah apa yang Khairul Aming dan Sofyank punya plan untuk peminat mereka nanti.

Baca: “Bawa masuk Hollywood lah” – [VIDEO] Netizen Teruja Ryan Reynolds Puji Video Sofyank!

Screenshot 2022 04 30 At 12.46.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.