in

Bawak Kereta Lebih Had Laju, Lelaki Ini Terima Surat Saman Tapi Ada Gambar Anjing Peliharaannya

3Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu kereta di Jerman telah menerima surat saman atas kesalahan memandu melebihi had laju baru-baru ini.


Saman yang bernilai €50, bersamaan RM 229 itu diterima dan kesalahan yang dilakukannya itu bagaimanapun ditujukan kepada anjing peliharaanya. Tak percaya? Korang tengok lah gambar surat saman tu kat bawah ni.

Screenshot 2022 04 09 At 2.17.51 Pm

Menurut sumber dari Lad Bible, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu menerima surat saman akan kesalahan trafik; memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), pihak berkuasa telah berjaya mengambil gambarnya ketika kesalahan itu dilakukan. Namun, bukan gambar lelaki itu yang diletakkan dalam surat saman, tetapi gambar anjing peliharaanya.

Dalam surat saman itu, anjing itu kelihatan seolah-olah sedang memandu kereta dan telah ter-‘kantoi’ sebab bawa lebih laju dari had yang dibenarkan. Anjing itu sebenarnya duduk di tempat penumpang bahagian depan, namun bertindak untuk ‘bermanja’ di atas riba tuannya sebelum kesalahan trafik itu berlaku.

Screenshot 2022 04 09 At 2.18.10 Pm

Semuanya berlaku secara kebetulan dan gambar yang terhasil daripada kesalahan trafik itu sangat comel. Dilaporkan juga, saman itu telah selesai dibayar pemandu atas ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh anjing peliharaannya.

 

Baca: Veterinar Beri Penjelasan Isu Tak Pakai Sarung Tangan Ketika Rawat Anjing

Screenshot 2022 04 09 At 2.16.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.