in

Bawa Pelajar Bermasalah Ke Muzium Penjara Lebih Berkesan Berbanding Rotan

Fi Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu dan mencipta pelbagai memori dengan guru dan kawan-kawan. Sekolah juga adalah sebagai persiapan untuk kita tempuh alam universiti dan pekerjaan pada masa akan datang.

Dekat sekolah macam-macam perangai dan ragam murid yang akan kita jumpa. Guru-guru pun dah sememangnya peka dan tahu tentang background anak murid terutamanya bagi murid yang bermasalah supaya guru tersebut boleh beri lebih perhatian dan membantu murid tersebut baik dari segi akademik atau sokongan moral.


Menurut Sinar Harian, pelajar yang terlibat dengan masalah sosial perlu diberi pendekatan psikologi dengan bawa pelajar tersebut ke Muzium Penjara Melaka dilihat lebih efektif berbanding menggunakan rotan.

Dr. Muhamad Akmal Saleh dari Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka berkata yang usaha bawa pelajar terbabit ke muzium penjara dapat beri kekesalan sekaligus mengelakkan mereka dari terlibat dengan masalah sosial yang serius.

Doktor

“Pelajar akan dibawa merasai pengalaman duduk dalam penjara dengan keadaan sempit supaya mereka lebih hargai kehidupan” – Dr. Muhamad Akmal Saleh

“Kita kenal pasti murid yang mempunyai masalah sosial yang agak kritikal dan kita akan bekerjasama dengan Muzium Negara” – Dr. Muhamad Akmal Saleh

Menurut Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka ini juga, beliau menambah yang jika murid ini diberitahu tentang kesalahan mereka dan dimasukkan dalam penjara, kebebasan mereka akan terus ditarik dan bagaimana perasaan mereka nanti.

Beliau turut berkata yang cadangan tersebut akan dibawa oleh pihaknya dalam Mesyuarat Exco dan dibincangkan untuk dimulakan di peringkat sekolah negeri Melaka.

Baca: “Guna Duit Pinjaman Covid-19 Untuk Beli Kad Pokémon, Lelaki Ini Dipenjara 3 Tahun”

Gambar Bawah

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.