Seorang lelaki dari Georgia, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas menggunakan wang pinjaman Covid-19 dan menggunakan lebih daripada $57,000 (RM 238,651) wang itu untuk membeli kad Pokémon.
Menurut laporan The Guardian, Vinath Oudomsine yang berasal dari Dublin, Georgia itu bersetuju untuk membayar denda untuk kad dagangan (trading cards) mahal yang menampilkan watak Pokemon Charizard sebagai sebahagian perjanjian rayuan.
Dia mengaku bersalah pada Oktober lepas atas satu pertuduhan penipuan kewangan melibatkan telekomunikasi.
Pendakwa raya berkata dalam pemfailan undang-undang bahawa dia menyerahkan maklumat palsu kepada US Small Business Administration tahun lalu apabila dia memohon pinjaman wang bantuan Covid-19 untuk perniagaan ‘perkhidmatan hiburan’ yang didakwa dimilikinya.
Mereka juga memberitahu dia berbohong tentang berapa ramai orang pekerjanya serta pendapatan tahunan perniagaannya itu.
Vinath menerima $85,000 (RM 355,933) daripada program pinjaman itu, kata pendakwa raya dan menggunakannya untuk membeli kad dagangan itu pada harga $57,789 (RM 241,985).
Sebagai info, pek kad Pokemon boleh jadi begitu mahal kerana harganya bergantung kepada tarikh pengeluarannya, harga kad tersebut juga dipengaruhi oleh karakter yang ada pada kad tersebut. Lagi rare, lagi mahal!
Selain itu, kekurangan semasa juga mempengaruhi harga kad, kerana syarikat tidak dapat memenuhi bekalan dan permintaan semasa.
Adakah kad pokemon boleh jadi pelaburan?
Baca: Minat Pokemon? Korang Kena Datang Ke Taman Permainan Unik Tema Pokémon Ini