in

“Bila otai bersuara”- [VIDEO] Netizen Terhibur Ayam Dan Itik ‘Dengar Cakap’, Siap Disuruh Berkawad

Page4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi norma kepada golongan yang membela ayam dan itik di kawasan kampung untuk memanggil haiwan ternakan mereka untuk pulang dari berkeliaran sebelum hari menjelang malam.



Tapi, bagi mereka yang menetap di bandar, boleh jadi ini kali pertama mereka lihat gelagat ayam dan itik ‘dengar cakap’ dan mengikut tuannya pulang ke reban.

Melalui perkongsian di laman Tiktok, seorang lelaki dilihat ‘selamba’ memanggil kesemua haiwan ternakannya untuk balik.

Lucunya, kesemua itik dan ayam tidak mengendahkan ‘seruan awal’ dari seorang budak lelaki. Tapi, bila lelaki berkain pelikat itu datang bersuara, kucar-kacir semuanya berlari nak pulang ke reban. Haa, jangan main-main dengan otai!

Sudah siap semuanya berkumpul di satu tempat, lelaki itu berjalan membawa ayam dan itiknya untuk pulang masuk ke reban. Malah, dia siap melaungkan command kawad kaki sambil berjalan. Comel pulak tengok anak-anak ayam tu pun ikut sekali berkawad ek?

Menjenguk di ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat ayam dan itik yang masing-masing bertempiaran mendengar ‘panggilan warden’ itu.

19 20 21

Ada juga yang kagum dengan kebolehan pakcik itu, sampai ada yang kata mungkin dia bekas askar. Boleh jadi…

171618

Bila tengok video ni, mesti ada yang auto rindu kampung halaman, kan? Min pun terus jadi rindu suasana kampung macam ni.

Sumber: Tiktok

Baca: Petani Dakwa Muzik Kuat Dari Majlis Perkahwinan Punca 63 Ekor Ayam Mati Diserang Sakit Jantung

15

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.