“Baru nak ngorat”- Penjual Roti Bakar Tak Jadi Nak Berkenalan Dengan Pembeli, Ingatkan Perempuan, Rupanya Lelaki!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Baru nak ngorat”- Penjual Roti Bakar Tak Jadi Nak Berkenalan Dengan Pembeli, Ingatkan Perempuan, Rupanya Lelaki!

Sebagai peniaga atau penjual, saban hari kita akan jumpa dengan pelanggan yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Seorang penjual roti bakar di Indonesia ini pula telah berminat nak berkenalan dengan salah seorang pembeli yang datang membeli di gerainya. Namun, yang menjadi masalah, pelanggan itu bukanlah seorang wanita, sebaliknya merupakan seorang jejaka!


Penjual Roti Ngorat 2Sumber: Suara.com

Menurut Suara.com, salah faham itu terjadi sebab pelanggan tersebut yang merupakan seorang lelaki sengaja datang ke gerai roti bakar itu dengan memakai tudung, jadi mungkin penjual tu ingatkan dia tu adalah seorang gadis.

Kisah bagaimana salah faham itu boleh terjadi pada mulanya telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun dengan username yang dikenali sebagai yametmet1.

Difahamkan, sehari selepas lelaki tu berkunjung ke gerai roti bakar tersebut, dia tiba-tiba menerima mesej daripada si penjual berkenaan yang mengatakan dia mahu berkenalan dengannya yang disangka seorang wanita itu.

Dapat perbualan melalui Whatsapp itu, penjual roti telah memperkenalkan dirinya dan dia juga ada memuji kecantikan ‘wanita’ itu.

Aku lanang mas, ” katanya.  

Boleh dilihat dalam chat yang dikongsikan itu bahawa si pembeli mengatakan dia sebenarnya seorang lanang. Untuk pengetahuan semua, lanang dalam bahasa Indonesia bermaksud lelaki.

Penjual Roti Ngorat 3Sumber: Suara.com

Namun, si pembeli itu kemudiannya menjelaskan perkara sebenar bahawa dia adalah seorang lelaki dan bukannya gadis seperti yang disangka oleh si penjual roti.

Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan kisah itu namun dalam masa yang sama, ada juga yang kesian sebab dorang risau mungkin penjual tersebut akan trauma nak berkawan dengan pembelinya lepas ni.

Tak baik tau buat jokes atau prank macam ni. Kesian si penjual, kang tak pasal-pasal dia tiba-tiba pindah gerai jualan kat tempat lain pulak lepas ni. 

Sumber: Suara.com

Baca: “Tak jadi nak takut macam ni”- Wanita Sangka Genderuwo Datang Nak Kacau, Rupanya Dipuji Cantik 

Penjual Roti Ngorat 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Baru nak ngorat”- Penjual Roti Bakar Tak Jadi Nak Berkenalan Dengan Pembeli, Ingatkan Perempuan, Rupanya Lelaki!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/baru-nak-ngorat-penjual-roti-bakar-tak-jadi-nak-berkenalan-dengan-pembeli-ingatkan-perempuan-rupanya-lelaki/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM