in

Baru Je Habis Berlakon, Kini CikB Jadi Penyanyi Pula, Bakal Tampil Dengan Single Pertama ‘Tolonglah’

Ft Cikb Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je antara korang yang tak kenal dengan Cik B yang merupakan anak kepada seorang jutawan kosmetik popular Dato’ Seri Vida ini bukan? Nama Cik B kini semakin meningkat naik dan menjadi bualan ‘hangat’ netizen selepas berjaya membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta.


Watak Cik B semasa berlakon dalam drama tersebut juga mendapat pujian ramai apabila dia berjaya menonjolkan kemampuan dan bakat terpendamnya dalam bidang lakonan. Selain itu, watak yang dilakonkan olehnya juga nampak ‘natural’ dan langsung tidak kekok.

Cikb 2

 

Hebat berlakon, kini bergelar penyanyi pula

Namun siapa sangka, Cik B kali ini mengejutkan netizen lagi sekali apabila baru-baru ini dia telah mendedahkan bahawa dia akan bergelar seorang penyanyi pula.

 

Tampil single pertama – ‘Tolonglah’ 

Feat Cikb

‘Berita’ ini telah dimuat naik sendiri oleh CikB di laman Twitternya @HavocCikb pada 29 November yang lalu dimana dia berkongsi kepada peminatnya bahawa dia bakal tampil dengan lagu singlenya yang pertama yang berjudul ‘Tolonglah’.

Lagu tersebut bakal dilancarkan oleh syarikat Seventeen Eleven Music Sdn.Bhd di Youtube @Seventeen Eleven Music pada hari ini, 1 Disember 2020 pada pukul 9 malam nanti.

Lagu 1

 

 

Perjalanan hidup sendiri – anxiety, depression

Menurut Cik B lagu ini merupakan menceritakan tentang perjalanan hidupnya sendiri dan turut ditujukan kepada mereka yang menghadapi pelbagai konflik dalam hidup seperti kehilangan orang yang tersayang, penderaan, anxiety, depression dan sebagainya.

Lagu 2

Tambahnya lagi, lagu ini merupakan lagu yang bergenre rap yang bakal dinyanyikan sendiri olehnya.

Wow, jangan main-main, Cik B tunjuk bakat bergelar rappers pulak.

 

Muat naik teaser ‘Tolonglah’

Cik B turut memuat naik teaser klip video lagu tersebut yang bakal dimainkan di Youtube pada malam ini yang mendapat perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa kagum dengan bakat yang dimilikinya itu.

Tak kurang juga ada yang menzahirkan kata-kata semangat supaya Cik B terus bersemangat menceburkan diri dalam industri seni tanah air.

Hmm dari berlakon, modelling sampai menyanyi. Berbakat betul Cik B ni. 

Baca: “Dah macam level-level international” – Dapat Job Modelling, Gaya Cik B Buat Ramai Ternganga

Baca Cikb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.