in

“Barang ni untuk abang..” – Abang Lazada Kena Suprise Dengan Pembeli, Rupanya Hantar Parcel Untuk Diri Sendiri

Fi L

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 akibat pandemik Covid-19, pelbagai norma baharu yang perlu kita terapkan di dalam kehidupan.


Walau bagaimanapun, sejak dari itu juga ramai yang mula kehilangan pekerjaan akibat pandemik ini. Tetapi, situasi ini telah mewujudkan satu trend yang dimana lebih ramai orang yang mahu membeli belah secara atas talian.

Berkongsi kisah pada kali ini, dimana seorang lelaki membuat kejutan untuk seorang pekerja Lazada yang yang selalu menghantar parcel ke rumahnya.

 

Bungkuskan makanan

Oleh kerana sudah terhutang budi kepada seorang pekerja Lazada, lelaki ini mempunyai caranya tersendiri untuk mengucapkan rasa terima kasihnya kepada pekerja itu.

Pada mulanya, lelaki itu ada menyediakan sedikit makanan untuk diberikan kepada pekerja tersebut sebab dia dah sampai di lobi.

Jadinya masa tiba di lobi untuk ambil parcel yang dihantar itu, dia memberi makanan kepada abang Lazada itu terlebih dahulu.

Namun apa yang menarik perhatian, rupanya parcel yang dibeli itu merupakan ‘suprise’ bila dia menyuruh abang Lazada itu untuk ambil parcel tersebut.

Awhhh so sweet.

Perkongsian ini telah dimuat naik di aplikasi Tiktok dan sehingga kini telah meraih lebih dari 200k views.

@amirhasan_

Thank you abg lazada! Hahaha ? #givingback #everydayheroes #enjoyyourgift

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Abang Lazada mula-mulanya terkejut bila lelaki tersebut memberikan makanan kepadanya, iya lah kita tak tahu mungkin dia pun dah lapar sebab banyak kerja kan.

Namun, tak lama selepas itu dia seakan terkedu selepas dimaklumkan yang parcel yang dihantar adalah miliknya sendiri. Tersentuh pulak jiwa min tengok.

“Ini untuk abang, dan ini pun untuk abang!” katanya sambil menunjuk kepada parcel tersebut.

 

 

“Senyum sorang2 saya tengok”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat contoh yang dilakukan oleh lelaki ini. Ramai yang mendoakan kesejahteraan abang Lazada tersebut dan dimurahkan rezeki si pemberi.

Reak L 1 Edit

Reak L 2 Edit

Reak L 3 Edit

Reak L 4 Edit

 

Mesti ramai yang nak tahu apa isi dia kan? Sebenarnya lelaki tersebut bagi speaker bluetooth dekat abang Lazada tu. Wahh makin seronoklah abang Lazada tu dengar lagu nanti. Kita pun sama-sama doakan supaya semua abang-abang dan kakak-kakak delivery yang ada di luar sana dimurahkan rezeki mereka.

 

Baca : Kot ya pun tak tahan, Pekerja Delivery Amazon Kantoi Berak Depan Rumah Pelanggan, Sempat Hantar Barang Dulu

Foot Lazada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.