Semenjak musim pandemik COVID-19 ni, making ramai orang yang beralih kepada perkhidmatan pembelian online untuk mendapatkan beberapa barangan.
Seorang jurutera dari Northern Moor, Manchester, United Kingdom juga memilih untuk melakukan pembelian online sebelum perayaan Krismas menjelang pada hujung tahun lalu.
Walaupun dia gembira kerana proses penghantaran barangan dibelinya sangat pantas dan efficient, lelaki ini bagaimanapun, menerima satu kejutan besar yang sangat menjijikkan.
Darren Passman, 46, berjaya merakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya mengenai perbuatan seorang lelaki penghantar barang yang dengan selamba membuang air besar di hadapan rumahnya.
Sempat hantar barang dulu sebelum ‘membuang’
Memetik Manchester Evening News, sebelum kejadian menjijikkan itu berlaku, Darren telah memesan tiga item melalui Amazon Prime pada 11 Disember tahun lalu. Jumlah barangan yang dibeli dikatakan bernilai £20.97 (RM115.02).
Menurut lelaki itu, semua barangan yang dibelinya itu kemudiannya dihantar oleh seorang pekerja delivery kira-kira jam 6.47 petang pada keesokan harinya. Uish, cepat betul!
Menerusi rakaman CCTV, pekerja delivery terbabit memakai jaket Amazon berwarna biru dilihat menghantar package untuk Darren di hadapan pintu rumah pelanggan berkenaan.
“Dia (pekerja delivery) menghantar barangan di hadapan pintu rumah saya. Servisnya bagus dan saya bagi report yang baik pada Amazon,” kata Darren.
Tambah Darren, ketika dia bersiap untuk tidur, dia sempat memeriksa CCTV di perkarangan rumah dan sekali lagi terlihat pekerja delivery sama berlegar-legar di hadapan rumahnya.
“Saya nampak dia mencangkung dan tak lama lepas tu, dia bangun, melihat sekeliling dan berjalan pergi. Saya terus ke luar rumah untuk memeriksa dan menjumpai banyak najis. Saya terus bersihkan,” katanya.
Selepas membuat aduan kepada syarikat berkenaan, Darren telah ditawarkan baucer bernilai £150 (RM822.75), satu hamper Krismas dan langganan saluran Prime TV percuma untuk satu tahun.
Amazon, sementara itu, mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan perbuatan pekerja delivery berkenaan tidak melambangkan standard tinggi yang ditetapkan syarikat berkenaan.
Malah, pekerja delivery yang berjaya dikenal pasti itu juga sudah tidak lagi akan menghantar barangan bagi pihak Amazon.
Geli-geleman pulak admin terbayang. Tahi haiwan pun dah rasa nak muntah tengok. Ni kan pulak tahi manusia.
Sumber: Manchester Evening News
Baca: “Merungut berak di hadapan rumahnya” – Alasan Wanita 51 Tahun Rembat Kucing Bunting Sampai Mati