“Bapak siapa ni mengaku cepat” – Mike Shinoda Dedah Pernah ‘Sign’ Dahi Seorang Bayi Dari Malaysia

Jadikan sumber pilihan di Google
“Bapak siapa ni mengaku cepat” – Mike Shinoda Dedah Pernah ‘Sign’ Dahi Seorang Bayi Dari Malaysia

Pengasas band terkenal, Linkin Park iaitu Mike Shinoda baru-baru ini telah mendedahkan pengalaman luar biasanya ketika di Malaysia yang menarik perhatian ramai.

Dalam keratan video yang dikongsikan di TikTok Mythical Kitchen, Mike dalam temubual ditanya berkenaan kejadian yang melibatkan seorang bayi dari Malaysia yang telah menerima tanda tangan daripadanya suatu masa dulu.


Lelaki itu datang kepada saya dan tidak fasih bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia meminta saya untuk tanda tangan ‘sesuatu’. 

“Dan saya cakap ‘boleh’, berfikiran mungkin ia sesuatu yang munasabah. Tetapi sebenarnya ‘tidak’. Ia merupakan bayinya. 

“Dia berikan saya pen Sharpie dan buat begini pada bayinya (sambil menunjukkan gaya mendukung bayi),” katanya.

Artikel berkaitan: Linkin Park Umum Vokalis Wanita Baharu Ganti Chester Bennington

Artikel berkaitan: Nama ‘Muhammad’ Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England Pada 2023

Bila ditanya sama ada dia memberikan tanda tangan itu pada pakaian bayi itu atau di tempat lain, Mike menjawab lelaki itu tidak mahu penyanyi ini ‘sign’ pada pakaian anaknya.

Saya rasa dia buat saya tanda tangan pada dahi (anaknya). Dia siap tunjuk ‘sini!’ Saya mungkin salah tapi saya yakin 60% yang saya tanda tangan di kepala bayi itu,” katanya.

Mike juga pada masa yang sama berharap bayi yang menerima tanda tangannya itu untuk memunculkan diri dan mengakui bahawa dialah bayi yang ‘bertuah’ itu.

“Siapa bawak anak pergi jumpa Mike Shinoda?” 

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang terkejut dan tertanya-tanya siapakah individu yang menyuruh Mike untuk memberikan autograph pada dahi seorang bayi.

Mikeyy

Siapa agaknya budak tu? Mesti dah besar dah. Tolong munculkan diri! 

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bapak siapa ni mengaku cepat” – Mike Shinoda Dedah Pernah ‘Sign’ Dahi Seorang Bayi Dari Malaysia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bapak-siapa-ni-mengaku-cepat-mike-shinoda-dedah-pernah-sign-dahi-seorang-bayi-dari-malaysia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen