in

“Bapak psiko manusia macam ni” – Jumpa Ratusan Coli Merata-Rata di Kawasan Kampung, Semua Takut Nak Keluar Malam

Hoi Curi Bra

Baru-baru ini, penduduk sebuah kampung menjumpai lebih 200 jenis pakaian dalam wanita termasuk dalam saiz kanak-kanak. Kejadian itu berlaku pada Khamis lepas dekat Kampung Ban Si Pattana di wilayah Chaiyaphum, Thailand dan kebanyakan coli tersebut berada dalam keadaan tergantung di pokok sekitar kawasan kampung.

Bra3

Bra4
sumber: facebook

Menurut The Star, coli itu ditemui oleh sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada 10 orang di mana mereka sebenarnya sedang mencari seorang penduduk kampung yang dilaporkan hilang di hutan berdekatan.

Selain tergantung, coli yang ditemui juga ada yang berselerakan di atas tanah dan kebanyakannya sudah reput atau koyak bermaksud ianya telah lama dicuri. Ada juga di antara coli dijumpai itu yang koyak di bahagian tengah seperti ditebuk menjadi lubang.

Bra1

Bra6
sumber: facebook

Penduduk kampung percaya bahawa ianya dilakukan oleh seorang psikopath bertujuan untuk kepuasan nafsu syahwatnya sendiri. Penemuan coli itu menyebabkan ramai penduduk di sekitar kawasan itu ketakutan untuk keluar pada waktu malam.

Mereka risau kerana majoriti penduduk di situ merupakan wanita, pelajar dan kanak-kanak. Salah seorang penduduk memberitahu kejadian itu belum pernah terjadi sebelum ini dan berharap pelaku akan ditangkap secepatnya.

Bra2

Bra5
sumber: facebook

Laporan polis telah dibuat dan kini usaha mengesan pelaku yang dianggap penjenayah psiko itu sedang giat dijalankan, Mereka juga turut mengambil inisiatif untuk membersihkan semak di sepanjang jalan kawasan itu serta memasang lampu jalan untuk menerangi laluan sekitar kampung bagi tujuan keselamatan penduduk.

Apa punya orang, tengok coli pun terus tak boleh tahan ke?

Baca: “Atok siapa buat perangai ni?” – Warga Emas Tak Tahu Malu Curi Bra & Spender Dalam Rumah Orang Tak Dikenali

Ggg