in

Insiden Tanah Runtuh Dekat Hotel Mewah di Tambun, Dua Individu Dikhuatiri Tertimbus

Tanah Runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh dekat sebuah villa di Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak, awal pagi tadi. 


Menurut Berita Harian, mangsa yang terperangkap ialah Lee Tze Jun, 32 dan Ooi Chee Wei, 39. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Perak berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi yang menimpa sebuah villa, dipercayai terdapat dua mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya.

Pasukan bomba kemudian menggerakkan pasukan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa dan usaha mengeluarkan mangsa kini sedang giat dijalankan.

“Pihak pusat gerakan operasi akan memberi maklumat terkini dan mutakhir dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Emasmnrvcaafszp

124816268 1739345396243163 4933071684893011896 N

Pasukan penyelamat juga katanya telah menemui dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.

Marilah kita doakan semoga mangsa dapat ditemui. 

Baca: “Kami tersekat kat tengah-tengah” – Nora Danish Kongsi Detik Cemas, Terperangkap di Cameron Highlands Gara-gara Tanah Runtuh

Nora

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.