in

Bapa Curi RM250,000 Di Tempat Kerja Untuk Biayai Perkahwinan Anak

33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peranan seorang bapa amatlah penting bagi sesebuah keluarga kerana merekalah yang menyediakan semua keperluan dan kemudahan anak-anak.


Namun, seorang bapa berusia 41 tahun dari China sanggup mencuri duit sebanyak 400,000 yuan (RM250,000) dari tempat kerjanya semata-mata untuk membiayai perkahwinan anak lelakinya. 

Lelaki yang dikenali sebagai Wang itu bekerja di kilang yang terletak di bandar perindustrian Dongguan, Guangdong dan telah melakukan kesalahan berkenaan pada bulan lepas.

Setelah ditangkap polis dua minggu lalu, Wang mengaku bahawa dia telah pergi ke kilang bersendirian pada tengah malam dengan niat untuk mencuri telefon di asrama pekerja. Tetapi niatnya tidak kesampaian kerana beliau gagal untuk mencari apa-apa. Jadi beliau memecah masuk ke dalam pejabat perakaunan dan cuba untuk membuka peti selamat.

22 E1496802980860
sumber : scmp. Com

Oleh kerana gagal untuk membuka peti selamat itu, Wang memanggil rakannya Pan yang berumur 52 tahun dan sama-sama mencampak peti selamat tersebut dari tingkat 2 menyebabkannya pecah. Kedua-dua mereka kemudian membahagikan wang tunai di dalam peti itu kepada dua bahagian.

Masing-masing telah mengambil wang tunai sebanyak 400,000 yuan balik ke kampung mereka di Guizhou dan menyimpan bakinya di rumah sewa mereka di Dongguan.

Dalam persediaan untuk perkahwinan anaknya itu, bapanya telah menyembunyikan wang sebanyak 400,000 yuan dalam sebuah tembikar yang kemudiannya ditanam di dalam gua di China Selatan.

11
sumber : scmp. Com

Mereka bagaimanapun telah ditahan pada bulan Mei lepas dan merampas wang tunai tersebut. Kedua-dua suspek dilaporkan berada di dalam tahanan dan menanti tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa.

Nampaknya tak dapatlah nak buat Wedding of The Year.

Baca: Ibu Bapa Beri Contoh Tidak Baik, Curi Tabung Derma di Kaunter Stesen Minyak Depan Anak

Bapa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.