“Bapa b*ngsat” – Abang Dipaksa Rakam Sambil Tengok Adik 8 Tahun Kena Libas Dengan Kayu Panjang

Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung anak tapi sebaliknya lelaki durjana ni yang jadi ancaman besar mereka.

Dia tergamak belasah kedua-dua anaknya dengan batang kayu panjang, besar dan paksa mereka untuk merakam masa dia pukul tu.

 

Tukar ‘turn’ rakam lepas teruk kena pukul

Kejadian yang berlaku di negara China ini menyayat hati netizen di seluruh dunia selepas ia dah mula viral di media sosial. Difahamkan, bapa zalim tu dalam keadaan mabuk.

Menerusi sumber, lelaki tersebut, Ge 36, tu memang dah selalu belasah anak sulung yang berusia 13 tahun dan anak perempuan yang baru 8 tahun tu, malah isteri dan ibu bapa dia sendiri selalu kena pukul setiap kali pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Setiap kali balik rumah, mesti isteri dia yang kena, tapi semenjak isterinya dah larikan diri dari rumah, anak-anak dia pula yang jadi pelepas geram.

Walaupun durasi hanya 15 saat rasa tak kuat nak tonton sampai habis, anak perempuan dia cuma cangkung kat atas lantai untuk ‘tahan diri’ dari libasan ayahnya menggunakan batang kayu panjang sampai patah. Binatang!

Rasa nak nangis tengok anak dia hanya mampu meraung kesakitan setiap kali dilibas oleh bapa tak guna ni.

Lepas dia dah habis pukul adik dia, giliran yang ambil rakaman bertukar kepada abangnya pula untuk dipukul menggunakan cota. Tapi yang lagi sorang dipukul tu dalam video lain.

Diaorang kena buat macam tu sebab ayah tak guna tu paksa kalau tak nak kena lebih teruk. Dalam video tu nampak ada beberapa tin beer kat atas meja.

Orang kampung dah tahu pasal keluarga ni, diaorang dah buat laporan pihak berkuasa dah pun. Banyak kali diberi amaran tapi diendahkan.

 

Baca : Lelaki Pukul Anak Dengan Tali Pinggang di Tempat Awam Tanpa Belas Kasihan

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.