in

Lelaki Pukul Anak Dengan Tali Pinggang di Tempat Awam Tanpa Belas Kasihan

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa adalah tempat anak bermanja selain ibu yang melahirkan mereka. Seorang bapa pasti akan menjaga dan melindungi anak dari segala ancaman dan bahaya. Namun lain pula cerita dengan kejadian yang berlaku di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.


Seorang bapa tunggal ditangkap selepas video beliau melibas anaknya menggunakan tali pinggang di kaki lima viral di internet, lapor Daily Mail.

Lebih teruk lagi, tiada seorang pun yang menghalang bapa itu daripada berbuat demikian termasuklah wanita yang bekerja di gerai tempat kejadian itu berlaku.

Pukul1

Rakaman video itu menunjukkan Dao Duc Khiem, 26, memarahi dan melibas tali pinggang itu berkali-kali di bahagian badan dan kepala anaknya. Mekipun kanak-kanak itu menangis kesakitan dan Dao ditegur wanita yang merakam video tersebut, beliau tetap tidak berhenti memarahi anaknya yang berusia dalam lingkungan 5 tahun itu.

“Tiada siapa berhak memberitahu bagaimana cara untuk mengajar anak saya.” kata Dao.

Pukul

Selain mendera secara fizikal, Dao turut didengari menengking anaknya.

“Aku yang bawa kau dalam dunia ni, aku yang berhak mengajar kau, budak!” jerit Dao kepada anaknya.

Rakaman video itu tersebar luas di internet dan telah menarik perhatian Timbalan Ketua Biro Perlindungan Kanak-kanak dan Penjagaan, Pham Thi Hai Ha.

Menurut Pham, kes itu sedang dalam siasatan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan ayahnya.

Dao
sumber: daily mail

Apa yang membuat netizen lebih marah adalah, Dao terdahulu pernah mendapat pujian di Vietnam selepas gambarnya sedang mencari isi sampah menaiki basikal sambil mengendong anaknya di belakang menjadi viral.

“Ironinya, beliau telah mendapat simpati dan sumbangan daripada ramai orang selepas gambar itu tersebar namun kini kami mempertimbangkan untuk mengambil anaknya pula.” kata Pham

Anh 1 1482571155
gambar dao yang menjadi viral sebelum ini.

Dao dikatakan telah ditipu oleh rakan kongsi perniagaannya menyebabkannya terpaksa hidup dalam kemiskinan selepas itu. Lebih menyedihkan lagi, isteri Dao meninggalkannya bersama anak mereka selepas beliau jatuh miskin. Ala, kesiannya.

Desakan hidup kadang kala mampu mempengaruhi sikap dan emosi seseorang. Lebih lebih lagi dalam situasi dialami Dao ini, tidak semua kuat semangat untuk mengharungi dugaan sebegini. Mungkin Dao sedang dalam tekanan menyebabkannya bertindak di luar kawalan. Takkan lah dia tak sayang anak kan 🙁

Tonton video penuh di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=lHiCDR2-7Y0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.