in

Bapa Beli Kotak Lama, Terkejut Tengok Apa Kat Dalam

Terjumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada hobi yang mereka suka, antaranya ialah mengumpul barang-barang lama kerana ciri-cirinya yang klasik dan jarang ditemui masa kini. Namun, hobi seorang lelaki dari oversea ni membawa kepada penemuan misteri lepas dia beli sesuatu daripada boot sale.


Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Scott Pack di Twitter, semuanya bermula apabila bapanya membeli sebuah kotak lama.

Box 1
sumber: twitter

Bapanya yang jugak pengumpul kotak lama macam orang lain, tak sabar-sabar nak tahu apa ada di dalam kotak tu sehinggalah dia jumpa benda ini. Apa benda tuuu? Macam kaca je!  

Dlcker7W4Aei1Yz
sumber: twitter

Rupa-rupanya benda yang berbentuk macam kaca ni dinamakan photographic plates. Fungsi dia sama macam negatif filem dalam kamera lama yang bapa kita pakai dulu zaman 90-an. Cumanya ia atas kaca je. Kalau korang dongak ke matahari, bolehlah nampak imej tu dengan lebih jelas.

Dlck0Cnxcaamori
sumber: twitter
Dlclnmyx0Aabcny
sumber: twitter

Gambar ni semua memang lah nampak agak scary sikit kan. Tapi dengan kehebatan Photoshop dan teknologi zaman sekarang, haa korang dah boleh tengok gambar dalam bentuk asal! 

Dlclvwbxgaadruz
sumber: twitter
Dlcl7Ffwsaesfod
sumber: twitter
D1 1
sumber: twitter
D2 1
sumber: twitter
D3
sumber: twitter

Cantik, memang cantik… tapi lama-lama macam spooky pulak! Heh! 

Macam buku album yang simpan gambar kenangan, kat luar kotak tu ada tertulis caption gambar tersebut menurut turutan kaca tu disusun. Kemungkinan besar ini adalah gambar percutian sebuah keluarga orang kaya zaman dulu-dulu. Gitew! 

Dlcnof9X0Aebeeb
sumber: twitter

Buat masa ni belum ada netizen lagi yang dapat mengagak gambar-gambar ni datang dari abad ke berapa atau tahun bila. Tapi ada jugak yang mengagak ia dari hujung abad ke-19 iaitu semasa Perang Dunia Pertama. Interesting kan?

Korang ada lagi tak simpan gambar lama semasa zaman Malaya dulu? Boleh share dengan admin dan rakan-rakan kat sini! 

Baca: Cari Lagu Dekat Phone Kawan Non-Muslim, Terkejut Jumpa… 

Jumpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.