in

Banyak Lagi Lelaki Kat Malaysia, Jangan Rembat Suami Orang!

Husna Gedik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai rupanya lelaki kat Malaysia!


Kalau pergi mana-mana dalam negara ni mesti asyik nampak orang perempuan je kan. Lepas tu kita pandai-pandai buat conclusion yang kaum Adam kat Malaysia ni dah nak pupus, sebab tu lah ada kaum Hawa nak rembat suami orang. Ops!

Malaysia Salary Fi 816X427
sumber: wob

Tunggu! Jangan cepat sangat melatah sebab semua tu hanya apa yang ada kat dalam minda kita je. Menurut WORLD OF BUZZ, Jabatan Perangkaan Malaysia dah keluarkan satu angka rasmi berkaitan populasi rakyat di negara kita pada 31 Julai yang lalu.

Negara kita dijangka akan dihuni 32.4 juta penduduk pada tahun 2018 dan ini menunjukkan peningkatan kadar pertumbuhan kepada 1.1 peratus. Statistik ni juga mendedahkan yang lelaki sebenarnya lebih ramai daripada kaum perempuan sebanyak 1 juta orang! Wow!

“Populasi kaum lelaki ialah seramai 16.7 juta, manakala populasi kaum wanita pulak seramai 15.7 juta. Maknanya ratio jantina adalah pada 107 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita,” kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Universiti Malaya Um Convocation Graduation
sumber: wob

Dia juga menjelaskan bahawa keputusan yang diberi adalah berdasarkan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 dan data Bancian Penduduk dan Perumahan 2010. Perubahan populasi ini mengambil banyak faktor termasuklah kelahiran, kematian dan migrasi.

Peratusan itu juga menunjukkan yang kanak-kanak dibawah umur 14 tahun berkurang sebanyak 0.3 peratus dari 24.1 peratus pada tahun 2017 kepada 23.8 peratus pada tahun 2018. Peratusan warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas pula meningkat sebanyak 0.2 peratus.

“Populasi mereka yang berusia 15 hingga 64 tahun pula bertambah dari 69.6 peratus pada 2017 kepada 69.7 pada 2018.”

Heres The List Of Malaysias Highest Paying Jobs In 2017 World Of Buzz 2
sumber: wob

Bagi yang perempuan elakkan lah berminat dengan suami orang sebab ramaaai lagi lelaki kat Malaysia ni tau! Kalau ada laki orang yang nak try ngorat, jangan layan! Jangan jadi Husna!

Baca: Lelaki Buntu Nak Kahwin Dengan Girlfriend Tak Ada Dara

Virfild

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.