in

Lelaki Buntu Nak Kahwin Dengan Girlfriend Tak Ada Dara

Virgin Dara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mana kalau tiba-tiba pasangan korang cakap yang dia dah tak suci sebab dah pernah lakukan hubungan seksual sebelum nak kahwin dengan korang?


Korang still boleh terima cinta dia atau kena fikir dua kali? Inilah yang berlaku kat seorang lelaki yang kongsikan cerita dia dekat media sosial. Girlfriend lelaki yang tidak diketahui namanya tu tiba-tiba ceritakan yang dia dah hilang dara. So lelaki ni of course la terkejut dan kemudian jadi buntu sama ada nak teruskan perkahwinan dengan wanita yang dia cintai tu.

Jantan
sumber: curiouscat

Katanya dia tahu yang seks bukanlah segalanya dalam sesebuah perkahwinan, tapi lelaki ni masih virgin. Ini mungkin menyebabkan dia terfikir kenapa dia yang dara nak kahwin dengan orang yang dah tak dara?

Bila dia cakap macam ni ada seorang individu jawab yang isteri Nabi Muhammad SAW pun dah tak dara masa kahwin dengan Nabi. Jadi adakah lelaki tu lebih baik daripada Nabi nak demand isteri yang dara sahaja? Tapi jawapan individu tu dikecam orang ramai sebab dorang cakap kita tak boleh samakan perempuan tu dengan Siti Khadijah.

Khadijahh
sumber: twitter
Okaka
sumber: twitter

Admin pun setuju situasi wanita yang berzina ni tak sama dengan kes Siti Khadijah. Tu dua perkara yang berbeza tau! Walaupun ramai duk berdebat pasal perbandingan yang dibuat, ramai jugak yang bagi jawapan kepada soalan asal lelaki buntu tadi pasal nak kahwin ke tak dengan girlfriend dia.

Ramai yang suruh dia kahwin je dengan wanita tu sebab tiada salahnya kalau girlfriend dia dah bertaubat dan nak berubah ke arah kebaikan. Ada jugak yang cakap jawapannya terletak kat tangan lelaki tu sendiri. Betul lah tu…

Kahwinje
sumber: twitter

Admin rasa, kalau dah sayang dan ikhlas tu terima jela. Asalkan wanita tu dah bertaubat…

Baca: 70% Wanita Malaysia TAKNAK Kahwin Dengan Lelaki Gaji Bawah RM5,000!

Skdjbsfwlkjefc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.