in

“Banyak lagi laki jambu lain!” – Doktor Say Kongsi Sering Diterjah Masa Tengah Mandi Oleh ‘Kaum Sejenis’

Collage 65

Sebenarnya, perkara ni sering dilalui oleh lelaki straight zaman sekarang ni lagi-lagi kalau dorang mempunyai badan yang sado dan muka yang jambu.

Baru-baru ni, Dr Say Shazril yang popular kerana mempunyai rupa paras yang kacak serta berbadan sasa ini telah kongsikan struggle yang dia perlu lalui bila dah menjadi selebriti dan mula muncul di kaca TV.

Doktor yang telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini memulakan perkongsiannya di Instagram dengan berkata yang dia hormat dan tak kisah berkawan dengan lelaki gay kerana ada sesetengah mereka memang lahir dengan naluri seperti ini.

Screenshot 2020 02 26 At 4.12.28 Pm

Tambah pula, zaman sekarang ni ramai yang terang-terangan mengaku dan bersikap terbuka dengan seksualiti dorang. So, tak heranlah mana-mana pergi pun, tak kira dalam bidang hiburan mahu pun perubatan akan ada orang yang suka dengan kaum sejenis.

Walaupun Dr Say Shazril tak kisah berkawan dengan sesiapa pun dan dia menghormati pilihan seksualiti seseorang namun ada satu perkara yang buatkan doktor kacak ni tak tenang…

Saya tak kisah kawan dengan dorang, tapi yang saya triggered kalau ada yang cuba nak lebih dari kawan dengan saya.”

Doktor selebriti ini menceritakan yang dia tak kisah kalau masa make-up ada yang cuba nak cubit-cubit biceps atau masa selfie nak sandar ke bahu tapi dia tak suka kalau privacy dia dicerobohi. Macam mana tu?

17342608 684536868395769 5682581726077187538 N

Tapi kalau sampai saya tukar baju nak sergah masuk or time saya tengah mandi nak acah-acah terbukak pintu bilik air that is just too much.” Melampaunyaaaa

Dr Shazril mengatakan, dia tak tahu apa niat orang-orang seperti ini nak buat macam tu. Tapi, kalau dia tak cuba nak ubah lelaki gay untuk jadi straight, kenapa dorang nak ubah dia?

Banyak lagi sado jambu kat luar sane awat nak saya yang hidung jambu air, perut buncit, dada gelebeh anak satu ni?”

Akhir kata, doktor ini mengharapkan orang-orang seperti ini jadi lebih profesional dan hormat dengan pendirian dirinya.

View this post on Instagram

Topik : I Respect You, You Respectla I Isu ni sedikit sensitif but perlu di-address-kan jugak. Sy ade beberapa kawan gay & sy tak kisah berkawan dengan mereka. Mereka hormat sy for being who i am & sy hormat mereka for being who they are because bila sy & bini dok kaji macam mana naluri seseorang itu boleh jadi sebegitu kami found out mostly mereka sort of “born with it” Okay terlari tajuk pulak. Zaman sekarang ramai yg came out of closet maka tak hairan kalau berjumpa mereka dalam bidang perfileman, peragaan mahupun perubatan. Mereka nak pandai makan pandai simpan ke itu urusan mereka & like i said i dont mind being friends with them. Cuma one thing yg sy triggered, kalau ada yg cuba nak go beyond friends dengan sy. Kalau masa makeup nak cubit2 biceps ke atau masa selfie nak sandar kat bahu ke i dont mind tapi kalau sampai sy tukar baju nak sergah masuk or time sy tengah mandi nak acah2 terbukak pintu bilik air that is just too much. Sy xtau la mereka saja nak test sy ka apa but sy tak cuba nak “convert” anda, why do u want to “convert” me? Banyak lagi sado jambu kat luar sane awat nak sy yg hidung jambu air, perut buncit, dada gelebeh anak satu ni? In a nutshell, we live in a harmonious society. If i can respect u for who u are why cant u respect me for who i am? No means no & please be professional k? Okay jom sambung update hal politik negara balik. P.S : Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan topik huhu

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Stress jugakkan, jadi lelaki pun tak selamat sekarang. Ada je yang nak ambil kesempatan.

 

Baca: “Jalan macam robot, terkepak-kepak” – Wanita Tak Suka Lelaki Sado, Lebih Tertarik Dengan ‘Daddy Look’

Screenshot 2020 02 26 At 4.24.30 Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook