Baling Batu ‘Suka-Suka’ Ke Arah Kenderaan, 5 Remaja Ditahan Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
Baling Batu ‘Suka-Suka’ Ke Arah Kenderaan, 5 Remaja Ditahan Polis

Pihak polis telah menahan 5 orang ramaja yang dipercayai membaling batu dan kayu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Senawang – Seremban di kilometer 253.3 yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban,  Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata kesemua mereka yang berumur 14 dan 15 tahun itu ditahan antara 5 petang dan 7 malam semalam dan hasil siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan malakukan kegiatan tersebut sekadar ‘suka-suka’.


Tiga daripada remaja itu ditahan di substesen Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi ditahan di Taman Seremban Jaya.

@ismet_66Seremban Senawang Pedajai baling Batu di Highway..♬ bunyi asal – TUAN SADEK SEGARAGA

Tambah Arifai lagi, pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas remaja-remaja berkenaan untuk siasatan lebih lanjut selain penahanan tersebut diharapkan dapat dijadikan tauladan selain tidak mahu perkara itu berlaku lagi di kawasan berkenaan.

Terdahulu, pihak polis diberitakan cuba mengesan empat pelaku yang terlibat dalam kejadian tersebut susulan daripada laporan yang dilakukan oleh seorang pemandu lori yang mendakwa kenderaannya telah dibaling objek ketika melalui lebuhraya berkenaan.

Aa1CyurlSumber: Sinar Daily

Susulan kejadian tersebut, pemandu lori berkenaan kerugian sebanyak RM1,000 akibat insiden tersebut.

Baca : Bomba Keluarkan Remaja 16 Tahun Tersangkut Dalam Buaian Kanak-kanak

Buaian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Baling Batu ‘Suka-Suka’ Ke Arah Kenderaan, 5 Remaja Ditahan Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/baling-batu-suka-suka-ke-arah-kenderaan-5-remaja-ditahan-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM