in

Bakal Terbang Ke US, Sajat Dedah Terlibat Dalam Temubual Rancangan Ellen Bulan Januari

Sajat Masuk Rancangan Ellen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menjadi buruan pihak polis, bersembunyi di Thailand dan akhirnya memilih jalan untuk berhijrah ke Australia, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sejak akhir-akhir ini telah mendapat perhatian media luar.


Buktinya beberapa hari lalu, dia telah muncul dalam sesi temubual bersama BBC News menceritakan pengalaman hidupnya sehingga terpaksa berhijrah ke luar negara.

Nur Sajat Nursajatkamaruzzaman Instagram Pic

 

Bakal muncul di The Ellen Show

Pun begitu, populariti Nur Sajat nampaknya tak terhenti di situ saja kerana dia baru-baru ini menerusi satu video di TikTok mendedahkan bakal muncul pula di rancangan popular di Hollywood, The Ellen Show.

@sajat.issa

Bulan 2 Sajat terbang ke singapore

♬ original sound – sajat.issa – sajat.issa

Menerusi video itu, Sajat mendedahkan yang jadualnya sangat sibuk pada tahun depan dan bakal terbang ke Amerika Syarikat pada Januari dan kemudian ke Singapura pula pada Februari.

Dia kemudian mendedahkan akan ke Amerika kerana mempunyai sesi temubual dalam rancangan Ellen yang dihoskan oleh Ellen Degeneres.

Sajat pergi US bulan satu, Januari. Sajat pergi Singapore pada bulan dua. Bulan satu Sajat pergi US untuk interview rancangan Ellen. 

“Ah ko tengok tu, semuanya schedule I dah macam ni dah. Lepas ni I terbang tau, nanti dah pandai bercakap bahasa Inggeris, lagi I terbang. Terbang tu kerja lah, kita kerja kan,” katanya.

 

“Wow seriously Ellen??” 

Pendedahan Sajat tersebut telah membuatkan rata-rata netizen agak terkejut malah ada pula yang excited untuk melihat usahawan kosmetik ini di rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang memberi nasihat supaya Sajat kembali ke pangkal jalan dan memberitahu bahawa perhatian yang dimilikinya sekarang hanyalah bersifat duniawi semata-mata.

Iv Ellen

Nampaknya lepas ni Sajat kena berlatih cakap English lah supaya lancar nak speaking nanti dengan Ellen.

Baca: “Apa yg ko nak buktikan?” – Harith Iskander Dikecam Gara-gara Jemput Sajat Untuk Sesi ‘Live’

Sajats

Sumber: Blog
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.