in

“Apa yg ko nak buktikan?” – Harith Iskander Dikecam Gara-gara Jemput Sajat Untuk Sesi ‘Live’

Screenshot 2021 10 25 At 12.26.59 Pm

Malam semalam, Harith Iskander telah menjemput Nur Sajat untuk bersama-samanya dalam sesi siaran langsung program ‘What’s Going On Malaysia’  di Facebook pelawak ini.

Ketika sesi temubual tersebut, usahawan kosmetik ini mengaku dirinya adalah seorang transgender dan membuat keputusan untuk tinggalkan negara kerana mendakwa keselamatan dirinya terancam.

Selain itu, Sajat turut mengakui dirinya tertekan ekoran layanan berunsur kekerasan yang diterimanya sehingga dia perlu mengambil ubat dan mendapatkan rawatan terapi mental.

“Saya hendak ‘move on’ dan bina kehidupan baharu di sini sebagai ‘transwoman’. Saya hendak teroka dan buka perniagaan di sini. Apa yang berlaku biarlah berlalu, saya belajar daripada kesilapan.”

“Apa yang kau nak buktikan?”

Sebelum sesi live ini bermula, pelawak ini ada memberitahu yang laman media sosialnya telah diserang netizen selepas dia umumkan tetamu jemputannya itu.

Sejak saya umumkan tetamu saya adalah Nur Sajat, laman media sosial saya telah diserang. Banyak yang menyokong dan banyak juga haters.”

Walaupun ada netizen yang menyokong dan bersimpati dengan Sajat sepanjang sesi live ini dijalankan, ada juga netizen yang meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap Harith Iskander.

Screenshot 2021 10 25 At 12.17.39 Pm Down

Sajat nampak bahagia dekat sana. Siapa yang suka nak tengok perkembangan Sajat ni bolehlah intai IG dia.

 

Baca: “Cara dia buat kita hilang hormat” – JAIS Minta Sajat Tunjuk Bukti Dakwaan Dicabul Penguatkuasa

Screenshot 2021 10 25 At 12.29.44 Pm