in

Bakal Peguam Ditembak Mati Lepas Tolak Ajakan Bernikah Dua Lelaki

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dilaporkan telah dibunuh dengan kejam apabila ditembak sehingga mati. Semuanya gara-gara dia menolak permintaan dua orang lelaki yang mahu menjadikannya sebagai isteri.

Memetik laporan sumber, Mayra Zulfiqar telah ditembak mati oleh suspek yang memecah masuk rumahnya di Lohore, Pakistan.


2 1 1

Gadis berusia 26 tahun ini menetap di United Kingdom (UK), sebelum pulang ke ke negara Pakistan pada dua bulan lalu untuk menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan.

Bakal bekerja di firma guaman

Mayra merupakan graduan undang-undang dari Middlesex University, United Kingdom dan difahamkan bakal bekerja di sebuah firma guaman ternama, Duncan Blackett.

1 5

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah ditembak dan kesan parut ditemukan pada badan mayatnya.

Pernah dipaksa berkahwin oleh dua lelaki

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh bapa saudaranya, dia mendakwa dua rakan mangsa pernah cuba memaksa Mayra untuk berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun, ajakan itu ditolak.

Bukan itu sahaja, anak saudaranya yang menziarahi rumah tersebut pada dua hari sebelum insiden mendapati, ada dua lelaki yang mengugut dan mengasari mangsa.

3 1

Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim, mendedahkan terdapat kesan tembakan pada bahu wanita itu.

Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan dan akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai.

Dua lelaki tersebut telah disoal siasat kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu, namun masih tiada tangkapan dibuat setakat ini.

 

Sumber: Harian Metro, The Sun

BACA: Sadis! Wanita Dibunuh Kekasih Ketika Sambut Birthday, Mayat Pula Disimpan Dalam Sofa

Capture 32

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.