in

Kerap Tolak ‘Malam Pertama’ Sebab Datang Bulan, Isteri 12 Hari Rupanya ‘Wanita Jadian’

Wanita 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau apabila seorang lelaki dari Cianjur, Indonesia kecewa setelah mengetahui isterinya yang baru dinikahi 12 hari merupakan individu berjantina sama.


Mereka dikatakan telah bercinta selama setahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Wanita 1
Sumber: detikjabar

Dulu kerap pakai purdah & tukar nama

Menerusi laporan detikjabar, lelaki tersebut pernah mempunyai firasat yang tidak baik mengenai pasangannya itu semenjak mereka bercinta sejak setahun yang lalu.

Tidak dinafikan, pasangannya itu nampak seperti wanita kerana setiap kali keluar rumah, dia selalu memaki purdah dan jarang berinteraksi dengan orang lain. ‘Wanita jadian’ itu juga menggunakan nama palsu iaitu Adinda Kenza.

Artikel berkaitan: Curiga Tak Disentuh Lepas 3 Hari Berkahwin, Rupanya Suami Adalah Wanita

Artikel berkaitan: Lepas Seminggu Berkenalan, Nenek Kepada 44 Cucu Berkahwin Semula Pada Usia 78 Tahun

Hubungan keluarga Adinda juga dikatakan tidak begitu baik kerana ibunya sudah tiada dan bapanya telah menghilang sejak sekian lama.

Wanita 2
Sumber: detikjabar

Kerap bagi alasan datang bulan

Setelah 12 hari mengikat hubungan sebagai suami isteri, pengantin lelaki itu semakin buntu kerana Adinda selalu menolak ajakan bersama dan memberi alasan sedang datang bulan.

Kenyataan pahit terbongkar apabila keluarga pengantin lelaki telah mencari keluarga Adinda semula sekaligus berjaya mendapatkan keterangan bapa kandungnya dan mendapati Adinda bukanlah seorang wanita tulen.

Mereka terkejut dengan fakta bapa Adinda sebab dia tidak dinikahkan oleh walinya kerana alasan bapanya sudah menghilang.

Tengok daripada gambar pernikahan, dia nampak macam perempuan. Suaranya juga macam perempuan. Jadi, tiada rasa curiga yang sebenarnya dia adalah lelaki. – Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Naringgul, Bripka Ridwan Taupik

Kecewa dan malu dengan kejadian itu, rumah tangga mereka sudah berakhir dan Adinda telah ditahan. Siasatan awal mendapati, Adinda mengaku dia menipu mangsa kerana mahu meminta wang. jika sabit kesalahan, dia akan berdepan dengan hukuman penjara selama empat tahun.

Sumber: detikjabar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.