in

Sadis! Wanita Dibunuh Kekasih Ketika Sambut Birthday, Mayat Pula Disimpan Dalam Sofa

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul lah orang kata, jangan sayang sangat kekasih kita melebihi ahli keluarga kita takut nanti kita yang merana.



Mak dengan abah pun selalu warning jangan bagi semuanya kat kekasih kita sebab tiada lagi ikatan yang sah, tapi adakah kita dengar kata orang tua kita?

Bunuh dan sorok mayat dalam sofa…

 

Korang jangan terkejut apa yang admin nak cerita kali ni, bukan setakat membunuh, malah bertindak menyorokkan mayat di dalam katil sofa setiap kali keluar dari rumah.

Kerja gila itu dilakukan seorang lelaki yang bertindak membunuh teman wanitanya pada sambutan hari jadinya yang ke-25 baru-baru ini.

Malah lelaki tersebut menyimpan mayat kekasihnya itu selama empat hari di rumahnya selain menyorokkan mayat wanita malang tersebut di dalam katil sofa..psycho giler mamat ni!

Menurut mirror.co.uk , kisah berlaku apabila Evgeny Malakhov dipercayai menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika pertengkaran yang bertukar ganas di rumahnya di kawasan perindustrian Sverdlovsk Oblast, Russia.

Malah Malakhov dikatakan menyorokkan mayat Marina di dalam katil sofa setiap kali dia keluar dari rumah, namun akan mengeluarkan mayat tersebut apabila dia berseorangan di kediaman itu..ape la dia buat dengan mayat tu agaknya?

Malah penyiasat ketika ini masih menyiasat sama ada lelaki tersebut melakukan sesuatu pada mayat wanita itu apabila setiap kali dikeluarkan.

Rakan baik dan ibu syak sesuatu yang tak kena

 

Kejadian tersebut mula disedari selepas rakan baik Marina, Olga Zudova memaklumkan yang dia tidak mendapat sebarang khabar berita daripada ibu beranak dua itu dalam beberapa hari.

“Dia hilang begitu saja, dan langsung tidak menjawab panggilan atau pesanan ringkas saya. Saya tahu sesuatu tidak kena lalu menghubungi pihak berkuasa,”

“Sebelum ini berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya,”

Bukan setakat itu sahaja, ibu Malakhov turut mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan anak lelakinya itu, sebelum kemudiannya dia bertindak untuk bersemuka dengan Malakhov.

“Dia mula bertanya pelbagai soalan sebelum Malakhov dengan tenang mengaku membunuh Marina dan menyumbatnya dalam sofa. Maksudnya, sepanjang tempoh itu dia memang tinggal bersama mayat Marina,”

Selepas pengakuan tersebut, Malakhov kini berdepan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh Marina.

Rupa-rupanya, lelaki tersebut pernah dipenjara setahun kerana memukul Marina sebelum diselamatkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun ketika selepas berjaya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.

Korang yang ada boyfriend ke girlfriend ke hati-hati sikit, kalau tengok lain macam tu pandai-pandai okay!

Baca : KEJAM! Tidak Cukup Dengan Dihentak Dan Ditikam, Wanita 136kg Hempap Kekasih Sampai Mati.

Cinta Hempap 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.