in

“Bakal dibina secara dengan bertingkat, berhawa dingin” – Singapura Berminat Sambung Laluan Pejalan Kaki Di Tambak Johor

Gambar Hiasan 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak diceritakan tentang kesesakan di Tambak Johor, memang sangat luar biasa. Tak kira lah hari berkerja mahupun hari bercuti, jambatan itu confirm sesak.


Namun semalam, Berita Harian melaporkan bahawa Singapura berminat menyambung laluan pejalan kaki berbumbung yang dicadangkan Malaysia di Tambak Johor bagi mengatasi masalah kesesakan kritikal di laluan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri, berkata projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung itu sedang diteliti kerajaan Persekutuan sebelum ia dimuktamadkan.

Laluan pejalan kaki berbumbung sejauh kira-kira 350 meter di bahagian Malaysia itu akan dibina secara bertingkat dengan dilengkapi penghawa dingin dan landasan bergerak automatik di bahagian tertentu membabitkan anggaran kos RM30 juta.

71428994633 Freesize

Cadangan membina laluan pejalan kaki berbumbung itu ialah antara langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor yang dibincangkan Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Kabinet Menangani Kesesakan Tambak Johor.

Sebelum ini, kesesakan di Tambak Johor dilaporkan semakin kritikal dengan majoriti 250,000 pekerja berulang-alik menerusinya selain 70 peratus pelancong dan pelawat menggunakannya untuk memasuki Malaysia sehingga ia disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia.

Solihan yang juga wakil rakyat Bersatu bagi DUN Tenang menjawab soalan Andrew Chen (DAP-Stulang) pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, semalam.

Mengulas lanjut, Solihan berkata, kerajaan negeri hingga kini masih lagi menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya bagi melaksanakan kerja pembinaan.

Katanya, projek pembinaan laluan berkenaan akan dibuat di atas Tambak Johor CIQ BSI yang diselenggara oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), jadi ia perlu penelitian lanjut daripada pelbagai aspek.

 

Baca: Wanita Hamil Dari Singapura Berjalan Sepanjang Seberang Tambak Selama 40 Minit Dengan Anak 2 Tahun Sebab Nak Balik JB

1 12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.