in

“Rekaan baju tersebut untuk wanita free hair” – Rizman Kecewa, ‘Gaun Seksi’ Rekaannya Dipakai Oleh Orang Berhijab

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, Natasha Hudson berjaya timbulkan kontroversi apabila dia tampil mengenakan hijab sambil memakai baju berwarna putih dengan bahagian bahu terdedah dilapik dengan inner warna kulit ketika majlis pelancaran produk kecantikan terbarunya.


Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya. Memetik laporan dari Kosmo, pereka fesyen popular yang telah mereka baju tersebut, Rizman terkejut bila rekaannya itu dipakai oleh selebriti bertudung.

“Tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini”

48390697 2137211643007363 4914641453730234368 O

Katanya, koleksi pakaian pengantin tersebut dibuat sejak tiga tahun lepas dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus oleh pembeli yang tak diketahui identitinya.

Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.”

“Saya marah juga apabila mendapat tahu dia yang memakai baju itu”

20210106 Natashahudson

Tambah Rizman lagi, dia yang telah banyak bekerjasama dengan selebriti berhijab tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha.”

Tak cukup dengan itu, Rizman turut menegur orang yang menata rias Natasha supaya lebih peka dengan imej wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

 

Baca: “Kalau bertudung, bertudung la betul-betul” – Natasha Hudson Dikecam Netizen Gara-gara Pakaian Gaun ‘Seksi’ Nampakkan Bahu

Screenshot 2021 01 07 At 1.36.36 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.