in

“Baik rugi daripada mati”-Netizen Kecam Permintaan Pengusaha Bas Untuk Tidak Laksanakan Penjarakan Sosial Dalam Bas

Feat 11

Semalam sedikit kecoh bila mana kira-kira 20 orang pengusaha bas di Kelantan meminta kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran…

…tiada penjarakan sosial dalam bas ekspres bagi mengelak lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung mereka.

 

Ramai pengusaha bas terpaksa gulung tikar bawa separuh penumpang daripada jumlah sebenar

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Kelantan, Che Ibrahim Che Ismail berkata ramai pengusaha bas terpaksa gulung tikar jika hanya dibenarkan membawa 50 peratus penumpang daripada kapasiti sebenar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Berita Harian.

656152

“Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sudah tentu menggembirakan semua apabila rakyat sudah dibenarkan rentas negeri dan bercuti.

“Namun keadaan kami pengusaha bas yang sudah tiga bulan menderita sepanjang PKP kini masih dilema sekiranya penjarakan sosial perlu dilakukan dengan hanya membawa 50 peratus penumpang.

“Justeru, kami memohon kerajaan mempertimbangkan keadaan ini kerana bas agak luas dan penumpang juga tidak bersentuhan walaupun muatan bas penuh. Pada masa sama, kami mengikut prosedur operasi standard (SOP) lain seperti mengambil data, check suhu, memakai pelitup muka dan melakukansanitasi bas,”

Transnasional Inner View

 

Harap tiada penjarakan sosial dalam bas, pengusaha akan tingkatkan SOP

Dia yang juga Pengerusi Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) menjelaskan kira-kira 3 bulan pengusaha bas menderita kerana bas tidak dapat beroperasi selain tiada penumpang, justeru ini membuatkan golongan tersebut bimbang menanggung lebih banyak kerugian.

“Saya berharap kerajaan memberi kelonggaran kepada kami supaya tidak terus menanggung kerugian lebih besar. SOP lain pihak kami akan terus pertingkatkan,”

 

Xyah jalan terus la klu xbleh ikut SOP. Nk mulakn kluster bas ekspres plak ke? 

Ini reaksi netizen berhubung kenyataan tersebut :

1 4

2 1

 

Bagi admin, eloklah patuh SOP dulu. 

 

Baca : Malaysia Boleh Bebas Covid-19 Tanpa Vaksin Jika Rakyat Tak Degil, Patuh SOP  Noor Hisham

Feat 8

Sumber: Sinar Harian