in

“Baik aku hantar Fir tu jumpa bomoh” – Dikritik Guna Alatan Perubatan Yang Salah, Pengarah Adellea Sofea Jawab Teguran Netizen

Adellea Sofea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar drama Melayu, korang mesti dah lega kan lepas drama Adellea Sofea yang dibintangi Mira Filzah dan Ungku Ismail akhirnya melabuhkan tirainya semalam.

Di sebalik banyak pujian dan dah mula ada penonton yang menyatakan kerinduan pada drama ni sebab ia dah tak ditayangkan lagi, terselit juga sedikit kritikan yang dilemparkan terhadap pengarah drama tersebut.


Poster Drama Adellea Sofea Akasia Tv3
sumber: blog

 

“Bila drama Melayu cuba untuk memperbodohkan netizen…” 

Menerusi perkongsian yang viral di Facebook, seorang netizen telah meluahkan rasa tak puas hatinya akan satu scene ketika hero dalam filem ni, Fir sedang koma di hospital.

Menurut netizen ni, peralatan perubatan yang digunakan kepada Fir tu salah dan scene tersebut telah ‘menjatuhkan’ level perubatan di Malaysia berbanding di negara lain. Tu belum lagi scene Mira Filzah menyanyi kepada Ungku Ismail dan tiba-tiba hero ini terjaga dari koma.

Fool

82728926 197670908033784 5570258113996521472 N

82091141 197670931367115 5907138426523615232 N
sumber: facebook

 

“Kita orang bukan buat suka hati jer kat set dengan equipment yang kita ada” 

Komen di atas tersebut akhirnya telah mendapat perhatian pengarah drama Adellea Sofea, Shahrulezad Mohameddin yang memang terkenal dengan drama-drama yang pernah dihasilkannya sebelum ni. Kalau korang tengok Nur 1 dan 2, korang tau yang pengarah ni memang hasil dramanya berkualiti dan mantap!

Menerusi postingnya di Facebook, Shahrulezad menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bukannya main buat scene tu suka-suka. 

Malah peralatan perubatan yang dipakaikan kat Fir tu pun memang ikut nasihat pakar. Yang menyedihkannya ialah penonton kat luar sana gemar sangat mencari salah drama Melayu.

Ejad 1

81945294 10157113736912815 4936479386745438208 O
sumber: facebook

 

“Komen ‘kasar’ sebeginilah kadang2 buat penggiat drama give up nak sentuh drama berkaitan dunia perubatan” 

Tambahnya lagi, dek kerana kritikan ‘kasar’ beginilah penggiat drama give up nak buat kisah mengenai dunia perubatan.

Namun baginya, buatlah macam mana berhati-hati pun dalam scene perubatan ni, balik-balik pasti kena kritik juga. Bagaikan perkara ni sudah jadi lumrah buat penggiat drama kat luar sana.

Ejad 2

82178647 10157113737127815 2171409587956088832 O
sumber: facebook

Apa-apapun admin salute dan puji team production Adellea Sofea ni sebab mereka dah berusaha yang terbaik dalam buat scene di hospital ni. Biasalah tu mulut-mulut netizen ni, ada je yang mereka nak kritik kan? Anggap jelah kritikan tu kritikan membina untuk masa depan.

Tak sabar nak tunggu buah tangan seterusnya dari pengarah ni! 

Baca: “Terus sedar dari koma dengar isteri busking” – Part Mira Filzah ‘Busking’ Depan Suami Koma, Jadi Bahan Lawak Netizen

Add

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.