Bahaya Omicron : Kerajaan Minta Tangguh Dahulu Perjalanan Ke 18 Buah Negara Ini..

Tambah ke Sumber Pilihan
Bahaya Omicron : Kerajaan Minta Tangguh Dahulu Perjalanan Ke 18 Buah Negara Ini..

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini telah mengadakan sidang media berkenaan perkembangan terkini varian Omicron di Malaysia dan memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay keatas sampel kes positif dalam kalangan penggembara.

Sebanyak 366 sampel telah diuji dan daripada jumlah tersebut, difahamkan sebanyak 306 daripadanya berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu ujian penuh.


Semasa sidang media yang sama, Khairy turut memaklumkan bahawa sekatan perjalanan sementara ke 8 buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Kj 2

Hal ini disebabkan bahawa varian Omicron kini sudah mula disebarkan dari negara lain dan kedaan semasa berkenaan jangkitan varian berkenaan di negara-negara rantau tersebut telah berkurangan.

Namun, kesemua lapan buah negara berkenaan kini dimasukkan dalam senarai negara yang berisiko tinggi menjadikan keseluruhan jumlah negara yang berisiko tinggi kepada 18 buah.

Senarai Negara Berisiko Tinggi : 

  1. United Kingdom
  2. Amerika Syarikat
  3. Australia
  4. Arab Saudi
  5. Norway
  6. Perancis
  7. Denmark
  8. India
  9. Kanada
  10. Nigeria
  11. Afrika Selatan
  12. Botswana
  13. Eswatini
  14. Lesotho
  15. Mozambique
  16. Namibia
  17. Zimbabwe
  18. Malawi

Justeru, pihak kerajaan meminta semua pihak untuk menangguhkan kesemua perjalanan yang tidak perlu ke 18 negara ini selain mereka yang pulang dari negara-negara yang disenarai tersebut akan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Dalam masa yang sama, mereka yang berkenaan akan dipakaikan gelang peranti digital yang akan dipakaikan semasa mereka memasuki negara.

Baca : [TERKINI] Rakyat Malaysia Yang Nak Tunai Umrah Perlu Dapatkan Dos Penggalak – KJ

Ft Kj Umrah

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bahaya Omicron : Kerajaan Minta Tangguh Dahulu Perjalanan Ke 18 Buah Negara Ini..
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bahaya-omicron-kerajaan-minta-tangguh-dahulu-perjalanan-ke-18-buah-negara-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM