in

“Bagi alasan takut bini”- Suami Orang Dicekup ‘Buat Projek’ Dengan Janda Malam Tahun Baharu

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali sambutan tahun baharu, di media cetak mahupun elektronik pasti tak pernah ‘tercicir’ kisah pasangan ditangkap berkhalwat di hotel atau pun tempat-tempat lain.


Malam tahun baharu 2020 kali ni, kisah suami orang kena tangkap khalwat dengan seorang wanita yang merupakan janda, di hotel bajet di Alor Setar malam tadi, lapor Harian Metro.

Bagi alasan sebab takut bini

Ketika serbuan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada pukul 1 pagi, lelaki berusia 38 tahun memakai pakaian yang lengkap sementara pasangannya yang berusia 31 tahun menyorok di dalam bilik air.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki itu dipercayai sudah berkahwin dan berasal dari Bedong, Sungai Petani manakala pasangannya pula berasal dari Selangor dan bekerja di negeri ini.

“Mereka memberi alasan takut disebabkan lelaki itu bimbang perkara itu diketahui isterinya menyebabkan mereka mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik berkenaan,”

1
Sumber: harian metro

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum pintu bilik dibuka oleh lelaki berkenaan.

Isteri orang bawa bayi ditangkap ‘bersama’ sepupu

Berbeza dengan serbuan yang dilakukan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Pegawai, Aloor Setar apabila seorang wanita dicekup kerana dipercayai berkhalwat dengan sepupu lelakinya kira-kira pukul 3 pagi.

Wanita yang berstatus isteri orang berusia 29 tahun itu dikatakan membawa bayinya yang berusia 6 bulan bersama ketika bersama lelaki tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu menetap di Melaka manakala pasangannya menetap di bandar raya ini.

“Kita tahan kesemua mereka (tiga pasangan) berusia antara 19 hingga 38 tahun kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,”

Operasi yang bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi itu tertumpu di sekitar bandar raya ini sempena malam tahun baru, semalam.

Baca : Bukan 10, 20 tahun baru tukar Rahsia Kiswah Kaabah Bernilai Jutaan Ringgit Yang Ramai Tak Tahu

Kaabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.