Umum mengetahui bahawa sistem barter merupakan sistem pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang yang digunakan pada zaman dahulu kala untuk mendapatkan sesuatu barangan atau makanan.
Namun, individu ini pula telah menggunakan sistem barter tersebut untuk mendapatkan semula telefon pintar iPhone yang telah dicuri oleh seekor monyet.
Video pertukaran barang yang menggunakan sistem barter itu telah sempat dirakam sebelum ia dikongsikan di platform Instagram sevak_of_krsna baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Guna Tak Sampai Seminggu, Pengguna iPhone 15 Terkesima Kos Tukar Lens Pecah Cecah RM3,800
Artikel Berkaitan: “Kuat betul gigi dia”- Wanita di China Gigih Kunyah Wayar Kabel Semata-mata Untuk Curi iPhone
Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa seorang individu melemparkan sebotol minuman jus mangga jenama Frooti yang popular di India kepada monyet itu.
Selepas monyet berkenaan berjaya menangkap botol minuman jus mangga itu, ia pun melepaskan telefon pintar yang dicurinya dari genggaman dan iPhone itu berjaya ditangkap semula oleh pemiliknya yang setia menunggu di bawah.
Rupanya kena bagi sesuatu dekat monyet ni kalau kita nak dapatkan semula barang kita yang dicuri oleh haiwan liar ni. Hmmm, pandai jugak haiwan ni kan.
Sumber: Instagram @sevak_of_krsna