in

Guna Tak Sampai Seminggu, Pengguna iPhone 15 Terkesima Kos Tukar Lens Pecah Cecah RM3,800

Ft Iphone 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri terbaru iPhone, iPhone 15 yang sudah mula digunakan secara meluas oleh pemilik terawal di seluruh dunia dengan ramai memilih untuk menggunakan model iPhone 15 Pro kerana ianya tampil lebih berkuasa dan tahan lasak.


Pun begitu, belum pun genap seminggu menggunakan model tersebut, seorang pengguna iPhone 15 Pro mendedahkan bahawa model iPhone miliknya mengalami kerosakan pada lensa kamera yang mana bakal menelan kos penggantian yang mencecah ribuan ringgit.

iPhone 15 Pro miliknya itu difahamkan baru sahaja digunakan selama 6 hari dan telah mengalami kerosakan iaitu pecah pada salah satu daripada lensa kamera peranti berkenaan kerana disimpan dalam poket.

F7Qddu Aoaan85X Horz

Namun, apa yang lebih membuatkan dia terkesima adalah apabila mendapati anggaran kos  bagi membaiki lensa kamera tersebut bakal mencecah GBP 677 iaitu bersamaan dengan RM3,888 dan itu bukanlah jumlah sebenar.

Menurutnya, selepas menghubungi khidmat pelanggan Apple, mereka hanya boleh memberikan kos sebenar selepas peranti itu diperiksa oleh juruteknik mereka dan harga tersebut amat mengejutkan kerana ia sudah melebihi separuh daripada harga penawaran iPhone yang dibelinya.

Artikel berkaitan : iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga 300 Kali Ganda Daripada Harga Asal Dilancarkan

Artikel berkaitan : “Kuat betul gigi dia”- Wanita di China Gigih Kunyah Wayar Kabel Semata-mata Untuk Curi iPhone

Lebih merumitkan keadaan, pengguna tersebut tidak melanggan pelan pelindungan Apple Care, sekaligus ia tidak tertakluk kepada harga penggantian lensa kamera yang lebih rendah atau percuma sekiranya pengguna bernasib baik.

Pun begitu, kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian pengguna dan itu menyebabkan rundingan untuk penggantian komponen tersebut adalah sukar walaupun terdapat jaminan selama satu tahun.

Namun, ada pengguna lain yang mempertikaikan kos anggaran berkenaan kerana menurut semakan di laman sokongan Apple, kos bagi menukar kamera hanyalah GBP 299 iaitu sekitar RM 1,258 dan bukannya seperti yang diberitahu oleh pegawai khidmat pelanggan.

Image 2023 10 06 153745315

Tambahnya lagi, sekiranya perkara tersebut berlaku kepada pengguna lain, dia menyarankan pengguna untuk memulakan perbualan baharu untuk mendapatkan khidmat dari pegawai lain, selain boleh juga membuat rujukan di laman web Apple.

Susulan itu, ramai yang mula mempersoalkan kualiti Apple yang dikatakan berkurangan terutamanya selepas ia memindahkan lokasi pengeluaran ke negara India.

Sumber : Twitter

Sumber: Twitter
Sumber: Apple

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.