in

“Bagaimana Nak Lahirkan Anak Sendiri” – Ibu & Bayi Mati Lepas Ikut ‘Tutorial’ YouTube Cara Lahirkan Anak

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mana moden pun dunia sekarang, masih ada lagi orang-orang yang suka ‘jaga tepi kain’ dan pandang serong dengan wanita atau remaja yang mengandungkan anak luar nikah.


Kerana stigma sosial ini jugalah yang mendorong wanita ini untuk melahirkan anaknya dengan hanya menonton beberapa video tutorial di YouTube.

Menurut hindustantimes, pada Ahad lalu, seorang wanita berusia 26 tahun ini cuba untuk lahirkan anak seorang diri di rumah sewanya. Malangnya, wanita dan bayinya mati semasa proses kelahiran.

Darah mengalir keluar dari pintu bilik

Afp Getty 515505212
gambar hiasan

Lebih menyayat hati, mayat wanita dan bayinya hanya ditemui pada hari Isnin iaitu sehari selepas kematian mereka. Itu pun disedari selepas jiran wanita malang ini terlihat darah mengalir dari pintu biliknya.

Menurut pegawai polis Cantonment, Ravi Rai, jiran yang terkejut melihat darah itu, terus memberitahu tuan tanah mengenai perkara itu.

“Tuan tanah, Ravi Upadhyay telah pecah masuk ke dalam bilik tersebut dan menemui mayat wanita ini terbaring bersama bayinya. Gunting, pisau, benang dan jarum juga ditemui berdekatan dengan mayat.

“Ravi terus menelefon polis dan mayat wanita dan bayi telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Telefon pintar wanita ini mendedahkan yang dia sedang menonton video ‘how to deliver baby by self’ dan video-video cara kelahiran selamat yang lain di YouTube.

“Takut dengan sosial stigma buatkan wanita ini cuba lahirkan anak sendiri”

Screenshot 2019 03 14 At 11.04.49 Am
gambar hiasan

Ravi Rai juga menambah yang wanita malang ini cuba untuk lahirkan bayinya sendiri kerana “takut dengan sosial stigma yang sering dikaitkan dengan ibu yang lahirkan anak sebelum berkahwin”

Mengikut cerita, wanita ini dikatakan telah menyewa rumah sewa ini 30 hari sebelum insiden berlaku. Tindakan itu dilakukan supaya dia berada jauh dari keluarganya yang dikatakan menetap 300km dari tempat kejadian itu.

Selepas kejadian, polis menghubungi keluarga wanita terbabit dan emengesahkan wanita ini masih belum berkahwin. Bagaimanapun, mereka enggan memberikan apa-apa keterangan bertulis kepada pihak polis.

Pengajarannya, kita sebagai manusia perlu membantu orang dan beri sokongan kepada yang memerlukan, lagi-lagi pada keluarga dan teman rapat. Lagipun, mesti ada cerita disebalik kesusahan orang lain, jadi siapalah kita nak judge mereka kan?

 

Baca: “Parent ni tengah bersedih, jagalah tutur kata” – Lagi Kes Bayi Meninggal, Netizen Sekolahkan Ibu Bapa Mangsa

Screenshot 2019 03 14 At 10.50.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.