“Parent ni tengah bersedih, jagalah tutur kata” – Lagi Kes Bayi Meninggal, Netizen Sekolahkan Ibu Bapa Mangsa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masuk tahun ni je, dah berapa banyak kes kematian melibatkan bayi dan kanak-kanak yang dilaporkan.

Sayu dan pilu rasanya hati, setiap kali mendengar dan membaca berita pemergian anak-anak tidak berdosa ni pada usia yang terlalu muda.

Harini media melaporkan, seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas dibawa pulang daripada taska — dan kes-kes macam ni kebiasaannya memang akan mendapat perkongsian meluas di laman-laman media sosial.

Tak sampai seminit berita ni dipost, menderu-deru komen daripada netizen masuk sebelum disahkan apa punca sebenar kematian mangsa.

Ada yang mengucapkan takziah, dan tak kurang ada juga yang meninggalkan komen-komen pedas menuding jari kepada pihak-pihak yang terlibat.

 

“Anak sakit, kenapa hantar jugak?”

Hmm, mungkin ibu bapa mangsa ada sebab tersendiri kenapa masih hantar anak ke taska walaupun dah tahu anak mereka kurang sihat.

Memang betul, kalau ikutkan bila anak sakit — ibu bapa adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat mereka.

Selain bimbang anak orang lain berjangkit, naluri keibubapaan tu mesti akan rasa tak sedap hati je selagi anak tu belum sembuh sepenuhnya. Pendek kata, tak senang duduk la dibuatnya.

Tapi siapalah kita untuk justify dan menghakimi tindakan segelintir ibu bapa lain yang terpaksa buat macam tu.

Mungkin tak dapat cuti, mungkin ada urusan pejabat yang perlu diselesaikan segera. Kan?

Dan dalam kes ni, laporan bedah siasat ke atas bayi tersebut mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru berair.

Siapa sangka?

 

“Berhenti je keje, jaga anak kat rumah!”

Hal ni pun kita tak boleh nak main pukul rata, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang memang susah kita nak buat keputusan berhenti kerja dan jaga anak kat rumah.

Mana la tau, dalam beribu-ribu yang meninggalkan komen tu ada yang sedang dalam dilema nak melepaskan kerjaya dan bergelar suri rumah sepenuh masa atau tak. Ada pulak yang terguris hati nanti.

Ada netizen mempersoalkan, macam mana pulak dengan golongan ibu atau bapa tunggal?

Hmm, betul jugak tu. Dia nak kena uruskan anak-anak, dia jugaklah yang seorang diri runsing memikirkan celah mana nak cari duit untuk mencukupkan keperluan keluarga.

 

Berhemahlah Dalam Memberi Nasihat

Rakyat Malaysia ni diakui, rata-ratanya memang prihatin. Semuanya sayangkan anak dan keluarga, dan tak dinafikan bila ada kes kematian macam ni — kita turut rasa terpukul, marah dan kecewa.

Bukan apa, sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia tapi hayat mereka tak lama. Tak adil buat mereka.

Lagi satu, tak salah pun nak berkongsi perasaan dan pendapat cuma berpada-padalah bila bertutur atau meninggalkan komen di laman-laman sosial sebab kita tak berada dalam situasi mereka.

Jangan laju je nak buat kesimpulan dan justification sendiri. Cuba kalau jadi kat diri sendiri, macam mana?

Apa pun, takziah kepada keluarga dan waris Muhammad Aakif Iskandar. Semoga tabah menerima dugaan ini.

 

Baca: Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.