in

Bagaikan Roda! Dahulu Di Sanjung, Kini Lagenda Bola Sepak Negara Terpaksa Lelong Kasut Emas Untuk Survive?

Kja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Khalid Jamlus dilaporkan terpaksa melakukan lelongan kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 pada harga RM10,000 Jumaat lepas melalui bidaan di Live Facebook.


Selain kasut emas, turut dilelong ialah pingat dan jersi. Namun ramai yang mempertikaikan tindakan Khalid itu kerana barang-barang tersebut dilihat mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Barang lagend kot. mestilah tak ternilai..

Namun, menurut Awani, Khalid terpaksa berbuat demikian sebagai langkah ‘survival’ selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ia menjadi lebih teruk apabila sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.

Kj1

Kj

Kj2

Menurut Awani lagi, Khalid tidak pernah berdiam diri. Beliau pernah meluahkan hasrat untuk menjadi jurulatih Perak, Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tetapi beliau tidak nampak peluang itu.

Beliau turut sempat mempertahankan tindakan beliau melelong barang-barangan yang bernilai itu.

“Tindakan saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang kerana saya cuba buat apa yang saya rasa bersesuaian dan sepatutnya saya lakukan, dengan keadaan hidup saya ketika ini.”

Khalid turut meluahkan perasaannya di Facebook apabila ramai yang mempersoalkan tindakannya untuk ‘melepaskan’ anugerah terbesar miliknya itu.

107379811 759442421498614 146104878264507489 O

Bagaimanapun, menurut Khalid, beliau masih belum menyerahkan barangan itu kepada pembida yang berjaya kerana menunggu untuk berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal lapor Awani.

 

Baca: “Wow tulisan arab”  Netizen Teruja Pasukan Bola Sepak Juventus Guna Font Arab Untuk Jersi Mereka

F.b

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.