“Badan lemas macam kena rasuk” – Alasan Lelaki Ni Nak ‘Coverline’ Lepas Kantoi Tunjuk Kemaluan Kat Driver Wanita

Guna alasan mistik sebab mungkin dah tak ada idea bila dah ‘kantoi’ buat ‘benda kotor’ terhadap seorang pemandu wanita Jumaat lalu.

 

Tayang kemaluan masa dalam perjalanan dekat pemandu wanita

Ia berlaku ketika wanita tersebut sedang menghantar penumpang dan dalam perjalanan dari Balikpapan menuju Samarinda, Kalimantan Timur.

Masa kereta tu dalam perjalanan dan melalui kawasan highway di Taman Hutan Raya Bukit Soeharto, wanita itu melihat penumpang yang berumur 29 tahun buka zip seluar dan terus tunjuk kemaluannya.

Menurut suami kepada pemandu wanita tu, isterinya perasan melalui cermin pandang belakang.

“Dari spion tengah(cermin) terlihat ritsleting(zip) celana(seluar) penumpang itu terbuka dan menunjukkan alat kelamin,” kata Jalu Ardiansyah (33), suami IR(mangsa), kepada Kompas.com.

Tambah Jalu, isterinya menceritakan yang penumpang tu siap angkat kaki untuk tarik safety belt dari belakang. Lepastu terus buka separuh seluarnya dan terus buat benda tak senonoh (onani).

Disebabkan panik IR terus berhentikan kereta di bahu jalan dan keluar untuk meminta bantuan daripada kereta yang lalu lintas tapi sayangnya tak ada respon.

Tapi lepas penumpang tu keluar, dia cepat-cepat masuk balik dalam kereta, lock pintu dan terus pergi buat laporan polis.

Polis masih lagi sedang menyiasat perkara ni,

 

Dia kata ada makhluk halus masuk dalam badan

Anny Rahayu

Difahamkan, penumpang tu dah menggunakan perkhidmatan ‘prebet sapu’ ni selama 6 bulan. Dia selalu hubungi pemilik Anny Rahayu untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Masa tu, penumpang ni nak hubungi Anny untuk menggunakan perkhidmatannya untuk perjalanan ke Balikpapan, tapi semua pemandu dia tak available waktu tu, yang ada cuma IR (mangsa).

Menurut Anny, penumpang tu tak pernah buat hal sepanjang menggunakan perkhidmatan dia selama ni.

Tapi penumpang tu pernah cakap yang dia gunakan perkhidmatan ni sebab nak cari jodohKalau tak silap semua pemandu under Anny ni perempuan.

“Katanya, dia jomblo (bujang). Siapa tahu ketemu jodoh lady driver. Itu pengakuan dia (SP),”

Ketika hal ni sampai ke telinga Anny, penumpang tu ada hubungi dia dan ceritakan hal sebenar. Sumpah tak logik weh, jawapan macam minta kaki. Tak sangka makhluk halus pun gila sex.

“Dia sempat hubungi saya. Jelaskan kronologi masalahnya. Kata dia enggak(tak) sadar(sedar) atau kemasukan roh halus,” 

Lepastu dia siap cakap yang dia tengah tak sedarkan diri masa dia buat benda kotor tu. Kononnya kena rasuk.

“Badan saya lemas. Macam kena rasuk. Saya enggak (tak) ingat lagi apa yang saya lakukan,” 

Dia mengaku bersalah dan bayar Anny sebanyak RM 177.

 

Baca : “Dia tanya SAIZ BRA” –  Individu Dedahkan PU Abu Gila Seks Suka Kikis Duit Perempuan?

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.