in

Baca Apa Lin Dan Sampaikan Kepada Chong Wei…

Lcw Lin Dan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih di mana wira kesayangan negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap barah hidung peringkat awal.


Menurut NST, Lee Chong Wei, 36, kini sedang berada di Taiwan untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Beliau dijadualkan pulang ke Malaysia hujung bulan ni.

Lcw
sumber: nst

Sebaik mendengar perkhabaran duka ni, netizen tak henti-henti menyatakan sokongan dan berdoa agar bekas wira badminton nombor satu dunia itu kekal semangat juangnya dalam menentang kanser ini.

Masing-masing tinggalkan komen di ruangan Instagram dan Twitter Lee Chong Wei termasuklah Khairy Jamaluddin serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

“Semoga cepat sembuh, kawan ku. Tewaskan ini seperti anda tewaskan semua orang di gelanggang,” kata KJ di Instagram.

Bukan setakat rakyat Malaysia, mereka yang di luar negara turut berikan sokongan dan doa buat Lee Chong Wei dan yang paling mendapat perhatian adalah kata-kata semangat daripada musuh di gelanggang merangkap kawan baiknya, Lin Dan.

Siapa je tak tahu hubungan persahabatan antara dua jaguh ni kan. Pemain dari China itu sedikit sebanyak mesti terkesan juga dengan berita sedih ni. Kata Lin Dan,

Kesihatan badan adalah keutamaan. Bila kamu (LCW) akan kembali ke gelanggang itu tidak penting.”

Pertama sekali, saya doakan Lee Chong Wei boleh sembuh secepatnya.”

Sementara tu, jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, kita harus bersedia seandainya jaguh badminton perseorangan Malaysia itu mengambil keputusan untuk bersara.

“Setakat ini masih tiada perbincangan mengenai masa depan Chong Wei kerana pada masa ini untuk beraksi semula ke gelanggang bukanlah keutamaannya.”

Kami hanya mahu melihat dia pulih.”

Jom sama-sama doakan kesembuhan pemain badminton kesayangan dan kebanggaan Malaysia ni! Terus kuat LCW!

Baca: TERKINI: Datuk Lee Chong Wei Sah Hidap Kanser Hidung!

Malaysian Shocked By Viral Rumor About Datuk Lee Chong Wei Having Stage 3 Nose Cancer World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.