in

Azmin Dedah Khazanah Rugi 80 Juta Jual Coli, Baju Dalam

Azmin Coli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Selepas dilantik menjadi ahli lembaga pengarah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali membongkar kerugian yang ditanggung Khazanah akibat melabur dengan syarikat online yang menjual coli dan pakaian dalam! Oh my! 


Menurut Malaysiakini, Khazanah Nasional telah melabur sebanyak AS$20 juta (RM80 juta) melalui sebuah syarikat online retailer yang menjual lingerie, baju dalam dan coli sehingga pelaburan ni terpaksa dihapus kira. 

2015 6 21 21 58
gambar hiasan

Azmin mengeluarkan kenyataan ni sebaik Najib mencelah dalam ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat yang menyoal dakwaan Perdana Menteri sebelum ni konon mengatakan Khazanah dah jauh menyimpang daripada objektifnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah telah melonjak RM33 bilion kepada RM134.5 bilion, maknanya dari segi wealth creation dalam 10 tahun, Khazanah telah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknya yang dikatakan Khazanah telah lari, deviatate dari tujuan objektif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Najib.

Aebea623B134A474092772C258694C5F
sumber: malaysiakini

Namun Azmin dengan tenang menjawab,

“Saya boleh berikan contoh yang menyebabkan kami mempersoalkan tindakan Khazanah.

“Sebagai contoh, Khazanah telah melabur hampir AS$20 juta (RM80 juta) dalam syarikat online retailer yang menjual baju dalam. Akhirnya, pelaburan ini terpaksa dihapus kira. Ini adalah contoh yang paling kecil,” jawab Azmin. Opsss! 

Fmt Azmin Ali Youtube3
sumber: fmt

Namun kata Azmin, tak semua pelaburan dalam Khazanah tu buruk. Ada jugak yang baik dan perlu diberi penghargaan sebagai contoh pelaburan dalam Alibaba dan hospital di Turki, India dan China yang bagi keuntungan besar.

Haih kenapalah pergi melabur kat syarikat jual baju dalam dan coli tu… kan dah rugi! 

Baca: “PDRM siasat kekayaan Azmin pulak”

Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.