Jika nak dikirakan dengan masa sekarang ni, dah masuk 1 thaun 4 bulan dah arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam meninggal dunia sejak 10 Februari tahun lalu. Al-fatihah.
Oleh itu, ia amat meruntun hati para peminatnya apabila isteri kepada arwah Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali ada kongsikan video anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey sedang menonton arwah di kaca TV.
Ayah saya”
Dalam video yang dikongsikan menerusi Instagram itu, Hidayah ada bertanyakan kepada Hamzah siapakah gerangan individu di TV tersebut.
Hamzah yang sudah boleh bercakap sedikit mengatakan lelaki itu adalah arwah ayahnya.
“Siapa tu Hamzah ??? Ayahhh yeahhhh hamzah xpernah Lupa Ayah sentiasa doakan Ayah…” – Kata Hidayah dalam caption Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CP77ERZBGe2/?utm_source=ig_web_copy_link
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tak tahan rasa sebak apabila melihat reaksi anak kecil ini. Dalam pada itu, ramai juga yang mengatakan bahawa raut wajah Hamzah ‘saling tak tumpah’ seperti arwah ayahnya itu.
Sayunya – Netizen
Untuk rekod, arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Hidayah sebelum ini mengatakan arwah abam demam dan mengadu kurang sihat pada dua hari sebelum pemergiannya namun arwah enggan pergi ke klinik.