in

“Satu pengajaran besar buat saya” – Zahirah Macwilson Tak Tahan Air Mata, Mohon Maaf Atas Ketelanjuran Kata

Ft Zahirah Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas membuat permohonan maaf di Instagram Story berkenaan ketelanjuran kata mengenai perayaan penganut agama Kristian, pelakon Zahirah Macwilson tampil membuat satu hantaran video permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Dalam video tersebut, Zahirah dengan nada penuh sebak dan ikhlas menjelaskan situasi sebenar serta mengakui kesilapannya yang telah mencetuskan sensitiviti agama.


Artikel berkaitan : “Tiada niat nak sakiti” – Zahirah Macwilson Mohon Maaf Lepas Dikecam, Dakwa Sambutan Christmas & Halloween ‘Pelik’

Artikel berkaitan : Zahirah MacWilson Ditegur, Sanggup Buat Adegan Merokok Demi Watak Walau Tak Suka

Akui cuai, tiada niat nak samakan label perayaan suci seperti Krismas dan Easter sebagai unsur iblis

Zahirah menjelaskan bahawa hantaran berkenaan dibuat secara tidak sengaja apabila dia telah menggabungkan tiga perayaan berbeza iaitu Halloween, Hari Krismas dan Hari Easter dalam satu konteks yang sama.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas hantaran itu dimuat naik, dia menerima beberapa mesej peribadi (DM) daripada pengikut yang menegur kandungannya. Menyedari hal tersebut boleh menyinggung perasaan ramai, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini segera memadamkan hantaran berkenaan.

“Saya secara cuai telah menggabungkan tiga perayaan berbeza bersama, dan saya ingin jelaskan bahawa saya langsung tiada niat untuk melabel perayaan suci seperti Krismas dan Easter sebagai satanik atau ada unsur iblis,” jelasnya.

Mohon maaf kepada penganut Kristian

Akui tindakannya itu tidak sensitif, Zahirah dengan rendah hati membuat permohonan maaf secara tulus ikhlas, khususnya kepada komuniti Kristian yang terkesan dan terluka dengan kenyataannya sebelum ini.

Sebagai seorang figura awam, Zahirah sedar bahawa dirinya memikul tanggungjawab besar untuk lebih berhati-hati dan peka apabila menyentuh isu-isu berkaitan kepercayaan, tradisi, dan sensitiviti agama di Malaysia.

“Kenyataan saya itu sememangnya tidak tepat, tidak sensitif terhadap budaya lain dan tidak wajar. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah dikatakan dan saya betul-betul minta maaf atas kejahilan saya,” luahnya lagi.

Zahirah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua netizen dan peminat yang telah menegurnya secara baik mahupun yang memberi pandangan.

Baginya, insiden ini merupakan satu pengajaran yang amat besar dalam hidupnya untuk terus belajar, mendengar, dan memperbaiki diri pada masa hadapan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.