in

“Ayah kaki dera, tapi kami terpaksa…” – Netizen Bengang Baca Cerita Pasal ‘Bapak Tak Guna’ Ni Sebab…

Kesian Dia

Rasa seronok bila kita tengok keluarga bahagia dengan bapa yang bertanggungjawab, ibu yang pandai menjaga semua hal di rumah dan anak-anak yang dengar kata. Tapi bengang pula kan bila kita dengar cerita dan nasib malang orang lain yang dapat bapa useless!

Macam satu posting yang dapat perhatian di Twitter baru-baru ini, netizen rasa kesian bercampur sakit hati lepas seorang individu luahkan masalah dia dan keluarganya. Difahamkan, adik itu bukan mesej untuk minta tolong tapi sekadar nak luahkan apa yang terbuku di hati.

 

Yuran universiti tak bayar lagi. Mak kerja cuci rumah orang…

Katanya, dia berharap terpilih untuk dapat biasiswa namun rezeki mungkin tidak berpihak padanya. Lebih malang lagi, keluarga dia yang selama di dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tiba-tiba ditamatkan.

Dekat rumah sekarang bil elektrik kena potong dekat sebulan. Tiba-tiba surat dari JKM sampai kata bantuan ditamatkan.”

Bapak1
sumber: twitter

 

Ada ayah tapi…

Rasa macam tak ada ayah pun. Tak pernah dia fikir pasal saya.”

Bapak3
sumber: twitter

 

“Ayah abusive tapi kami terpaksa tinggal dengan ayah.”

Malang nasib adik ini dapat ayah kaki dera tapi terpaksa tahan dan tinggal dengannya. Katanya, bila mood ayah tak baik memang hari hari kena pukul.

Nak report polis tapi…”

Bapak4

Bapak5
sumber: twitter

 

Kerja kerajaan, pencen awal 

Ayah dia dulu kerja kerajaan tapi terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia terpaksa pencen awal. Tapi duit pencen hanya boleh dapat ketika umur 55 tahun dan ayah dia sekarang berusia 47 tahun.

Lepas pencen, hanya harapkan duit gaji mak yang cuci rumah orang dapat RM300 dan duit JKM yang dah pun ditamatkan tu. Bukan tu je, segala duit simpanan dia dah kena kebas dengan ayah dan rantai emas juga diambil untuk digadai! Sebab tu dia tak ada duit nak bayar yuran universiti.

Bapak9
sumber: twitter

 

“Saya tak tahu bila Allah nak ringankan ujian saya dan mak saya…”

Bapak8
sumber: twitter

 

Netizen simpati, ada yang offer untuk beri bantuan

Netizen yang baca luahan hati adik tu berasa simpati dan mendoakan agar urusan dia dan keluarganya dipermudahkan. Ramai juga yang offer untuk beri bantuan mengikut kemampuan mereka.

Beberapa orang turut kongsi cerita keluarga mereka yang sama bernasib malang dapat bapa yang tak guna seperti ini. Sampai jual tanah pusaka!

Komen Netzzz

Sumber: Twitter

Wujud sebenarnya bapa tak berguna macam ni. Malas, taknak kerja lepas tu membebankan isteri dan anak-anak. Ditambah pula adik ni dapat bapa kaki dera. Kesiannya. Admin harap ada pihak yang tampil beri bantuan dan semoga mereka dapat buat laporan polis!

Baca: “Ni bapak jenis pemalas taknak kerja!” – Viral Pasal 2 Beranak Pergi IJN Dari Terengganu Naik Motor, Rupanya…

Tipu Orang