Seorang kanak-kanak lelaki yang tular dikatakan bermalam di tingkat 2 di menara tinjau di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu sejak beberapa hari lalu ditemui sedang merayau-raya di sebuah pasar raya hari ini.
Kanak-kanak terbabit telah diserahakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Artikel berkaitan: JKM Nafi Dakwaan Tular Isu Penempatan Kanak-Kanak, Tegaskan Tiada Penglibatan Rasmi
Artikel berkaitan: Tular Warga Emas Hidap Strok Dibiar Bersendirian, JKM Siasat Bantuan Diterima Adik Ipar
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penemuan kanak-kanak itu oleh peserta RXZ Members 8.0.
Katanya lagi, pihak polis turut mengesan kanak-kanak lelaki seperti yang dimuatnaik dan ditular menerusi Facebook pergi ke menara tinjau berkenaan namun gagal menemuinya.

“Kita hanya menemui tilam yang dijadikan alas tempat tidur oleh kanak-kanak itu ketika ke menara tinjau berkenaan pagi ini.”
“Pegawai dan anggota termasuk daripada unit kereta peronda (MPV) diminta melakukan pemantauan di beberapa lokasi termasuk kedai makan bagi mengesan kanak-kanak lelaki berkenaan.”
Sebelum ini, kanak-kanak tersebut tular di Facebook selepas ia dimat naik oleh sekumpulan peserta RXZ Members 8.0 yang sedang berbaring dalam keadaanmenyedihkan di tingkat dua menara tinjau berkenaan semalam.

Mengulas lanjut Azli turut berkata, kanak-kanak itu mungkin kelaparan dan keluar dari menara tinjau untuk mencari makanan.
“Kita dimaklumkan, kanak-kanak berkenaan ditemui dalam sebuah pasar raya dan diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.”
Sumber : Harian Metro
