in

“Ayah & ibu adalah sebab terbesar saya mampu terbangkan pesawat ini.” – Pengumuman Pilot Air Asia Untuk Orang Tuanya Ini Buat Netizen Sebak

Screenshot 2019 03 13 At 4.21.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ibu bapa tak pernah minta kita balas jasa mereka, tapi setiap anak mesti ada niat untuk buat sesuatu bagi menghargai jasa ibu bapa yang membesarkan kita.


Seperti pilot dari Filipina ini, kejutan yang dilakukan untuk ibu bapanya ini telah menyentuh hati netizen.

Pada 20 Februari lalu, Genesis Bernando, seorang pilot Air Asia telah kongsikan di Facebook video menyentuh hati ini semasa dia mengendalikan penerbangan dari Filipina ke Taiwan.

Posted by Genesis Bernardo on Sunday, March 10, 2019

Dalam video di atas ini, korang dapat lihat ekspresi terkejut dan bangga apabila ibu bapa ini mendengar suara Genesis memperkenalkan diri sebagai pilot yang menerbangkan mereka.

Sebab kalau korang nak tahu, ibu bapa ini tak tahu yang Genesis adalah pilot untuk pesawat yang mereka naiki ni.

Ekspresi dari ibu bapa Genesis ini telah dirakam oleh adiknya Joshua Bernando.

Selepas membuat pengumuman rutin, Genesis mengambil peluang untuk menutup pengumumannya dengan memberikan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapanya.

53352635 10211179355714296 8142968340621557760 N
Sumber: facebook

Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada dua manusia terpenting dalam hidup saya, Mr. Paul Bernardo dan Mrs. Solly Bernardo, ibu dan bapa saya.

Saya nak ucapkan terima kasih kerana telah menyayangi saya dengan sepenuh hati dan mengajar saya untuk sentiasa berikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.

Saya juga berterima kasih kepada anda berdua kerana telah memberi saya inspirasi untuk sentiasa mempunyai impian besar dan buat saya percaya segalanya tak mustahil jika kita percaya dengan apa yang kita lakukan.

Ayah dan ibu adalah sebab terbesar kenapa saya mampu mengemudi kapal terbang dan menerbangkan pesawat ini.

Saya bangga dengan pencapaian saya dan saya harap ibu dan ayah juga turut berbangga dengan saya.

Ucapan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa yang sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anak mereka dan untuk semua yang telah mendapat inspirasi dari ibu bapa mereka untuk mencapai impian mereka.

Ibu bapa ini berkongsi kebanggaan mendengar ucapan dari anak lelaki mereka ini bersama penumpang lain yang turut bersorak dan menepuk tangan selepas Genesis selesai memberi ucapan.

53482328 10211179300912926 4534623958560931840 N
Sumber: facebook

Video dari Genesis ini telah mendapat sebanyak 31,404 perkongsian dan rata-rata netizen sebak apabila melihat video ini.

Genesis juga telah membawa keluarganya untuk bergambar di dalam kokpit juruterbang sebagai hadiah hari lahir untuk adiknya, Joshua.

Admin tengok video ni pun hampir nak terjatuh air mata sebab terharu sangat.

 

Baca: “Abang tahu mak takde duit” – Kisah Pengorbanan Remaja Ni Boleh Buat Anda Menangis

Screenshot 2019 03 13 At 4.39.06 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.