in

“Abang tahu mak takde duit” – Kisah Pengorbanan Remaja Ni Boleh Buat Anda Menangis

Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada usia awal remaja, ramai yang masih bertatih nak belajar cara hidup dan cuba untuk jadi matang. Tapi ada adik yang sorang ni bukan saja matang tapi kecik-kecik lagi dah kenal erti tanggungjawab dan pandai berbakti pada ibunya.


Menurut Astro Awani, adik Muhammad Sukri Jamaludin ni baru umur 14 tahun tapi tak sama macam budak-budak lain seusianya. Setiap hari dia simpan duit untuk tolong mak dia beli keperluan dapur. Mak adik Sukri ni tak bekerja sebab terpaksa jaga anak bongsu dia.

Hiaju
sumber: sinar harian

Empat tahun yang lalu, ayah adik Sukri meninggal dunia akibat kanser tulang. Jadi sejak dua tahun lalu adik Sukri mula jadi penghuni kat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing. Wang saku yang dia dapat daripada warden asrama untuk perbelanjaan sekolah dia tak pernah guna semua.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik ni, dia memang akan guna sikit buat belanja tapi mesti akan make sure simpan buat tabungan. Bila tanya kenapa dia buat macam tu, Sukri tiba-tiba menangis dan geleng-geleng kepala.

“Warden bagi RM5 sehari untuk belanja sekolah, tapi saya tak habiskan semua. Kadang-kadang saya simpan semua. Kadang-kadang saya simpan RM3 sahaja sebab beli makanan di sekolah,” kata Sukri.

P1
sumber: sinar harian

Sukri jugak pernah belikan baju raya baru untuk ibunya dua tahun lalu dengan duit simpanan sendiri. Wah dahsyatnya! Ibu Sukri, Yati cerita yang dia memang tergamam masa pertama kali Sukri bagi duit dan time tu dia menangis je sebab anak dia baru 14 tahun kot! Tapi dah faham susah hidup ni macam mana.

“Setiap kali balik rumah daripada asrama dia bagi saya duit belanja RM50 sampai RM200. Pertama kali abang (Sukri) bagi saya RM50, memang terkejut.”

“Bila dia cerita baru saya tahu dia simpan duit poket. Saya tak nak ambil tapi dia cakap, ‘tak apa mak, abang tahu mak tak ada duit’,” kata Yati.

Mak mana tak menangis kalau dengar anak kecil cakap macam tu! Masuk habuk pulak mata admin ni.

Baca: Pelajar Cemerlang Berkorban Berhenti Sekolah Kerana Ingin Kumpul Wang Pembedahan Buat Ibunya

Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.