• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

Awas! Kilang Kat Puchong Keluarkan Logo Halal Palsu

by Asma' Razak July 18, 2018, 6:14 pm

ShareTweet
Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang Muslim, isu halal haram ni bukan benda ringan. Walau agama rasmi negara kita ni Islam, banyak barangan di pasaran yang diragui status halalnya. Kalau yang dah terang-terang tak ada logo halal tu kita boleh la decide untuk terus tak beli produk tu, kan? Tapi kalau yang ada logo halal palsu, macam mana?

Menurut WORLD OF BUZZ, sebuah kilang pembungkusan makanan ringan di Puchong baru saja diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menggunakan logo halal palsu tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Image 2 1 E1531881291435
sumber: wob

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS Wan Najmiah Wan Mohamad Ali memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang tidak percaya dengan status halal pada bungkusan makanan ringan keluaran kilang tersebut.

Serbuan tersebut dibuat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Bahagian Hab Halal JAKIM.

“Serbuan terhadap kilang tersebut mendapati bahawa mereka tidak mempunyai sijil Halal JAKIM tetapi menggunakan logo halal palsu untuk menipu pengguna,” kata Wan Najmiah.

Kilang
sumber: kosmo

“Pemeriksaan kami mendapati produk yang ditemui dikeluarkan oleh syarikat lokal dan sebuah syarikat China yang diragui status halalnya.”

“Sampel yang dirampas akan dihantar ke makmal Bahagian Hab Halal JAKIM untuk siasatan lanjut kerana beberapa produk dari China yang dibungkus semula mengandungi gelatin.”

Halals
sumber: kosmo

20 jenis makanan ringan termasuk gula-gula, buah-buahan yang diawet dan coklat bernilai RM14,000 dirampas dari serbuan tersebut. Banyaknya makanan ringan yang guna logo halal palsu ni maknanya!

Mknn
sumber: harian metro

Macam mana nak pastikan kesahihan logo halal pada barangan yang korang beli? Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), logo Halal Malaysia yang didaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976 ni hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf sahaja seperti:

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  2. Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
  3. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

Ada beberapa perkara yang korang kena tengok untuk pastikan logo halal tu sah, terutamanya nombor siri kat bawah tu. Kalau takde nombor siri tu maknanya status halal produk tu diragui tau.

Penerangan Logo Halal Edit 1
sumber: kkm

Bahayanya ada kilang yang suka hati keluarkan logo halal sendiri macam ni. Make sure sentiasa peka dengan logo halal yang dipaparkan pada barangan yang korang nak beli!

Baca: Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Semak Status Halal Produk Makanan

Wowsogood

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Kemalangan

    Pegawai Pendidikan M*ut Kemalangan Lepas 4×4 Tiba-tiba Tukar Lorong

  • Ana Sr 18

    Malaysia Kini Duduk Sebaris Dengan US & UK Sebagai Destinasi Utama Pelajar Dunia

  • Syaz Ft 58

    Bukan Tahi Bintang! Objek Bercahaya Di Langit Kuantan Rupanya…

  • Ana Sr 17

    Jangan Diam Kalau Anak Atau Menantu Buat Keganasan, Nancy Shukri Ingatkan Ibu Bapa

  • Ana Sr 16

    RM14.8 Juta Dicurah Ke Melaka! Jabatan Penjara Terima Bahagian Terbesar, Ini Pecahannya

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 12

    2.14 Bilion e-Invois Dah Dikemukakan! Lebih 97,000 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Cukai Tertunggak

  • Ana Sr 11

    Nak Cari Maklumat Sekolah Anak? Portal Sekolahku Himpunkan Info Sekolah Dalam Satu Platform

  • Ana Sr 10

    Bukan Sekadar Menabung, Bank Rakyat Kongsi Rahsia Kewangan Tenang!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ana Sr 14

    28 Keluarga Mangsa Tragedi Banjir Nepal Terima RM174,000 Daripada PERKESO

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft

    “Ingat dah terhapus dalam industri…” – Amir Ahnaf Sebak, Tak Sangka Masih Diterima Penonton!

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube