in

“Awak nak saya merana…cakap saya buat drama?” – Respon Pedas Aliff Syukri Bila Ada Netizen Jadi ‘Batu Api’ Pasal Yom

Alifyom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kontroversi melibatkan anak angkat Dato’ Aliff Syukri dengan keluarga kandung Qayyum yang sedang rancak telah berakhir apabila dia membuat keputusan untuk pulangkan semula bayi itu kepangkuan keluarga kandungnya tadi.


Ingatkan bila isu ini dah selesai tiada lagi berlaku sebarang perbalahan, tapi ada pula perkara yang tak best muncul, sengaja nak jadi batu api.

 

Gara-gara korang anak ni jadi mangsa..Korang nak apa sebenarnya?”

Umumnya, Dato’ Aliff Syukri ni jenis open pasal kehidupannya di media sosial, jadi dalam hal ni dia agak private.

Itulah bila dia loud di media sosial, orang sibuk nak troll tapi bila dia diam, ada pula yang nak buatkan dia naik darah.

Bengang dengan tindakan netizen, dia membuat keputusan untuk poskan semula soalan di instastory ke postingnya

Ada netizen bertanyakan soalan yang seolah-olah cuba nak mempertikaikan perasaannya selepas berpisah dengan anak angkatnya Qayyum atau lebih mesra dengan panggilan Yom.

Disebabkan itu, dia menjawab pertanyaan dan sekaligus hentam balik netizen yang busybody ini

Aliffig
Sumber : instagram

Kadang-kadang disebalik gelak tawa seseorang, tersirat kesedihan dalam dirinya. Tak bermakna orang yang kelihatan ceria itu kehidupannya sempurna.

Mungkin terlalu sedih dengan perpisahan ini berbanding dengan ‘drama-drama’ lain sebelumnya. Ya lah, pasal ikatan kekeluargaan kan? Itu sebab lah dia remain private kan kesedihannya.

Bagaimanapun, dalam hal ini ramai juga netizen yang memberikan sokongan moral kepada Dato’ Aliff Syukri dan juga Datin Shahida agar abaikan haters ni.

 

“Fikirkan netizen tak kemana, buat emosi terganggu je”

Aliffig2 Aliffig3 Aliffig4 Aliffig5 Aliffig6 Aliffsyukri

Alahai, bila orang tu cakap macam-macam korang hentam, bila dia diam korang pula nak usik. Tak semua kesedihan boleh kita tunjuk. Korang ni pun, tak payah lah jadi batu api ni.

 

Baca : “Ada rezeki kita jumpa di syurga ya sayang!” – Datin Shahida Kongsi Detik Sedih Melepaskan Qayyum Kepada Ibu Kandung

Shahida Qayyum 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.